#THROWBACK

EH (Malaysia) - - JURNAL -

3 NOVEMBER 1990

Lagu ‘Ice Ice Baby’ oleh rapper Vanilla Ice mendapat tempat pertama di carta US Billboard Hot 100 dan ini merupakan kali pertama seorang rapper mendapat kedudukan tersebut dalam sejarah muzik.

15 NOVEMBER 1994

Girl group TLC melancarkan album kedua mereka, CrazySexyCool yang menampilkan lagu seperti ‘Creep’ dan ‘Waterfalls’. Ini merupakan album mereka yang paling laris yang mana terjual sebanyak 10 juta unit di Amerika Syarikat.

3 NOVEMBER 1998

Britney Spears pada usia 16 tahun mengeluarkan single pertamanya ‘...Baby One More Time’. Tiga bulan kemudian, lagu tersebut mendapat tempat pertama di carta Billboard di Amerika Syarikat.

2 NOVEMBER 1999

Rapper Lil Wayne mengeluarkan album debutnya berjudul Tha Block Is Hot yang berjaya mendaki tempat pertama dalam carta Billboard Album yang mana 1.4 juta unit terjual.

3 NOVEMBER 2001

Lagu ‘Family Affair’ oleh Mary J. Blidge mendapat tempat pertama di carta US Billboard Hot 100 buat kali pertama dan kekal di posisi tersebut selama enam minggu.

5 NOVEMBER 2002

Justin Timberlake melancarkan album debutnya, Justified yang meraih tempat kedua di carta Billboard 100. Melalui album ini dia melancarkan empat single termasuk ‘Cry Me A River’ dan ‘Rock Your Body’.

8 NOVEMBER 2002

Filem 8 Mile, mengisahkan tentang kehidupan awal Eminem sebagai rapper ditayangkan di Amerika Syarikat. Filem ini berjaya menerima Anugerah Akademi dalam kategori Best Original Song untuk lagu ‘Lose Yourself’ nyanyian Eminem sendiri.

13 NOVEMBER 2010

Taylor Swift mencipta rekod yang mana dia menjadi artis wanita pertama yang mempunyai 11 lagu dalam carta US Billboard Hot 100 pada masa yang sama.

4 NOVEMBER 2016

Tayangan perdana filem Trolls yang diserikan suara-suara selebriti seperti Anna Kendrick dan Justin Timberlake. Filem ini turut dinobatkan untuk Anugerah Akademi dalam kategori Best Original Song untuk lagu ‘Can’t Stop The Feeling’.

7 NOVEMBER 2016

Penyanyi Leonard Cohen meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat penyakit leukemia. Sepanjang kariernya, dia terkenal dengan lagu ‘Hallelujah’ dan pernah menerima anugerah Companion of the Order of Canada, iaitu anugerah penghormatan awam tertinggi di Kanada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.