ZODIAK & BUKU

EH (Malaysia) - - ZODIAK & BUKU -

ARIES (21 Mac – 19 April)

Karakter zodiak ini suka mengawal dan memerintah. EH! cadangan buku tulisan Tim Marshall iaitu “Prisoners of Geography”. Buku ini menceritakan tentang kekuasaan pemimpin dunia yang dikawal oleh geografi dunia. Setiap pilihan mereka dibatasi oleh gunung, sungai, laut dan konkrit.

TAURUS (20 April – 20 Mei)

Keteguhan dan tekad untuk maju dalam hidup menjadi matlamat utama yang ada dalam pemikiran. Selain itu Taurus juga selalu mengagumi individu yang hebat. Buku “If I Could Tell You Just One Thing” oleh Richard Reed ini membawa anda menyelami beberapa karakter dan pencapaian terbesar pada abad ke-21. Ia memberikan inspirasi dan panduan kepada anda untuk terus maju.

GEMINI (21 Mei – 20 Jun)

Buku autobiografi “Bossypants” oleh Tina Fey ini membawa anda menyusuri kehidupan penulis, penerbit, pelakon dan pelawak ini. Penuh dengan lawak yang sarkastik, buku ini memberikan hiburan kepada anda serta inspirasi untuk tidak takut bagi memilih jalan sendiri dalam hidup.

CANCER (21 Jun – 22 Julai)

Cancer suka dicintai dan mencintai serta cepat untuk mendapatkan cinta. Buku nukilan Greg Behrendt dan

Liz Tuccillo “He’s Just Not That Into You” membantu anda untuk tidak lagi mengejar lelaki yang hanya ingin mempergunakan anda atau lelaki yang menghilangkan diri begitu sahaja tanpa memberi kepastian.

LEO (23 Julai – 22 Ogos)

Buku #girlboss oleh Sophia Amoruso ini mengisahkan cerita benar tentang bagaimana Sophia menjadikan hobinya sebagai kerjaya profesional dengan menjual barang-barang vintaj di eBay sehingga menjadi perusahaan yang berkembang paling pesat di Amerika. Buku ini memberikan inspirasi kepada anda untuk meraih kejayaan.

VIRGO (23 Ogos – 22 September)

Buku “Feel The Fear And Do It Anyway” oleh Susan Jeffers ini telah memberikan inspirasi kepada jutaan orang di seluruh dunia untuk menghadapi apapun dugaan dalam hidup dan satu-satunya cara untuk bahagia adalah dengan terus bergerak kehadapan tanpa rasa ragu untuk mengambil risiko.

LIBRA (23 September -22 Oktober)

Buku ini sangat menarik untuk Libra yang ‘gila’ tentang menuntut keadilan. “The Secret Barrister by The Secre Barrister” ini mengenai undang-undang dan bagaimana sistem mahkamah jenayah menegakkan keadilan terhadap manusia.

SAGITTARIUS (22 November – 21 Disember)

“How To Be A Woman” oleh Caitlin Moran cuba menjawab pertanyaan yang sering kali ada dalam pemikiran wanita moden. Adakah lelaki benar-benar membenci wanita? Mengapa semua orang bertanya bila mahu berkahwin? Penulis ini menjawab segala pertanyaan dengan cara menghiburkan dan anda berasa sedang berbual secara berdepan dengan Caitlin saat membaca buku ini.

CAPRICORN (22 Disember – 19 Januari)

Zodiak ini yang tidak pernah diam dan sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk dicubanya. Sama dengan watak utama dalam buku “Wolf Hall” oleh Hilary Mantel ini, iaitu Thomas Cromwell. Anda akan jatuh cinta dan dalam masa yang sama akan menbenci Cromwell semasa membaca buku ini. Selain itu anda juga boleh memperolehi beberapa tip tentang kekuatan menghadapi kehidupan dari Cromwell.

AQUARIUS (20 Januari – 18 Februari)

Buku “The Circle” oleh Dave Eggers ini berceritakan tentang Mae Holland yang bekerja di sebuah syarikat digital. Dia mempunyai pengalaman yang mendalam tiba-tiba berubah apabila Mae mendedahkan mitos dan ketakutan terhadap internet dan media sosial dalam kehidupan manusia. Pada anda yang mengemari kisah distopia pasti akan menyukai buku ini.

PISCES (19 Februari – 20 Mac)

Kisah klasik adik beradik Owens yang penuh dengan tragedi yang berkait tentang cinta dan sihir. Dalam buku “Practical Magic” oleh Alice Hoffman ini mengisahkan kehidupan bagaimana mereka menghadapi cabaran dalam kehidupan yang lebih aman dan selari dengan sifat sebenar mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.