EH! SEPINTAS

EH (Malaysia) - - CONTENTS - Khairul Abidin PENGARANG [email protected]

“Bid, masa you umur I dulu, apa yang you fikir? You terfikir tak you akan berada di mana you berada hari ni?” tanya kawan saya sewaktu kami duduk-duduk minum kopi. Sejujurnya, tidak. Jarang saya meletakkan sebarang target untuk jangka masa panjang. Bukan tak punya cita-cita, tapi saya hanya mahu meraikan hidup, mengisinya dengan keseronokan. Itu main goals saya. Apa yang buat saya gembira, itu yang akan saya usahakan. Waktu di UiTM saya memang sudah berangan-angan mahu bekerja di majalah walaupun pada waktu itu saya ada terbaca nota editor Kak Wirda (bekas pengarang EH!) kerja di majalah gaji tidak lumayan, tak boleh jadi kaya raya. Hidup senang mungkin. Tapi saya percaya menulis yang buat saya gembira, dan itu juga mungkin kebolehan yang Tuhan pinjamkan kepada saya.

Kawan saya yang seorang lagi pula sedih bila mendapat tahu bos besarnya berpendapat yang dia tak punya capability untuk jadi ketua satu hari nanti. Terngiang-ngiang statement itu dalam otaknya sampaikan dia jadi percaya yang memang dia tak bagus. Saya katakan pada dia, tak perlu nak sedih, bos dia tu bukan bekerja terus dengan dia, sekadar memandang dari jauh dan membuat konklusi sendiri.

Dulu tak ada siapa pun percaya saya boleh jadi editor, dan saya masih ingat lagi kata-kata si polan ni, “jadi editor bukan setakat pandai susun atur muka surat majalah ya” hanya kerana itu salah satu kecekapan saya waktu itu. Tapi sikit pun saya tak tercuit, saya hanya buat kerja saya seikhlasnya. Lagipun macam saya cakap tadi, saya dulu tak pasang cita-cita besar, jadi bila orang kata saya tak layak, saya diamkan saja. No expectation, no disappointment. Atau mungkin betul orang kata Aquarius memang tak ada perasaan... haha!

Berbalik kepada cerita dua kawan saya tadi, kedua-duanya risau yang mereka tidak cukup bagus. Mereka bimbang apa yang mereka buat hari ini tidak memadai, gusar sudah terlambat untuk capai cita-cita mereka. Kita tak terlewat andai kita terus berusaha, cepat atau lambat, dapat atau tidak, serahkan kepada Tuhan. Seperti kata Faris, “Allah is the greatest planner.” Ingatlah, you’re never too late, too old to reach your dreams. Usah mudah percaya kalau orang kata kita tak bagus, kalau kita dah perkecilkan diri sendiri, usah marah kalau orang lain merendahkan kita. Seperti kata Elfira, bila ada cakap-cakap yang tak sedap tu just remain calm, remain silent. Oh ya, di kesempatan ini saya mahu berterima kasih kepada Elfira dan Faris yang sudi memberikan exclusivity buat EH! menjadi media sulung yang merakam wajah mereka bersama. Rasanya ucapan terima kasih takkan cukup atas keistimewaan yang Elfira berikan ini. Saya doakan ikatan pernikahan kalian Januari ini dilimpahi rahmat, disinari cahaya selalu. Tidak lupa juga Selamat Pengantin Baru buat penyanyi favourite saya Kaka Azraff. Buat pembaca semua, Selamat Tahun Baru!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.