YANG HANGAT GAYA HIDUP & HIBURAN

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Berderet filem-filem hebat menanti detik tayangan. Dari pemerhatian, banyak filem lama diterjemahkan dalam versi baru buat bahan tontonan. Antara yang ditunggu-tunggu ialah The Lion King. Filem animasi yang ditayangkan pada tahun 1994 itu bakal muncul dalam versi baharu, dan antara suara yang dipinjamkan untuk filem legenda ini ialah Beyonce. Aladdin juga bakal dihidupkan tahun ini pabila filem arahan Guy Ritchie itu menemui penonton. Ia turut dibintangi oleh Naomi Scott, Will Smith dan Billy Magnussen. FIlem Dumbo dan juga Frozen 2 juga antara yang dijangka mendapat perhatian. Wonder Woman 1984 dan IT: Chapter Two antara sekuel yang dijangka meneruskan catatan kutipan cemerlang. Jika anda penggemar filem romantik komedi, usah lepaskan peluang menonton Isn’t It Romantic yang mana filem ini dibintangi Rebel Wilson, Liam Hemsworth dan juga Priyaka Chopra. Nantikan tayangannya pada 14 Februari ini. Brie Larson pula akan muncul buat pertama kali dalam filem superhero, Captain Marvel. Dan jika tahun 2018 kita disajikan dengan Bohemian Rhapsody yang mengangkat kisah kembara seni vokalis Queens, Freddie Mercury, tahun 2019 filem Rocketman bakal mendapat perhatian. FIlem ini membawa penonton mengimbas kembali perjalanan seni Sir Elton John.

“Ketika dilamun cinta, kita sangat gembira dan ingin berkongsi segala kisah dengan orang lain. Tapi sekarang saya sedar saya perlu tapis semuanya. Kita perlu lindungi kegembiraan yang kita ada.” – Emily Blunt

Isn’t It Romantic Captain Marvel Dumbo The Lion King Rocketman IT: Chapter Two

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.