RAHSIA CANTIK EZLYNN

EH (Malaysia) - - BERITA CANTIK -

Siapakan ikon cantik anda?

Erra Fazira. Dia mempunyai aura semula jadi. Sentiasa nampak muda. Seorang lagi Maria Farida. Kulit wajahnya kelihatan berseri dari dulu sampai sekarang. Mereka bukan saja jaga kecantikan luaran tetapi juga dalaman.

Kongsikan penjagaan siang dan malam anda?

Saya punya masalah kulit ekzima. Penting untuk saya menjaga kulit dan pilih produk yang betul. Dari pencuci wajah hinggalah pelembap saya memilih produk yang memberikan kelembapan pada wajah. Saya banyak menggunakan produk semula jadi atau organik. Walaupun kosnya lebih tinggi, saya perlu pastikan kulit tidak bermasalah.

Adakah anda mengamalkan sebarang pengambilan makanan tambahan?

Ya. Boleh dikatakan setiap malam saya akan menelan 20 biji pil. Ia terdiri daripada minyak ikan, vitamin E, vitamin C, minyak primerose, vitamin untuk rambut dan banyak lagi.

Bila anda mula belajar solekan dan belajar dari mana?

Saya mula bersolek sejak berusia 17 tahun. Saya banyak belajar dari video tutorial di YouTube.

Setiap kali bersolek, bahagian mana yang anda berikan perhatian?

Bahagian mata kerana mata saya kecil. Jadi apa yang saya akan buat setiap kali melukis garisan mata saya akan melukisnya panjang sedikit. Supaya wajah kelihatan seimbang.

Item solekan yang cepat habis? Bedak kontur dan highlighter.

Kongsikan tip penjagaan tubuh badan anda?

Saya kurang menjamah makanan segera dan kurangkan pengambilan sajian manis, minuman berkarbonat memang bukan kesukaan. Saya suka menjamah nasi, untuk kesihatan saya pilih beras perang atau beras basmathi.

Bagaimana dengan senaman?

Saya melakukan senaman sit-up setiap hari (pagi dan malam) sebanyak 100 kali dan berbasikal dua ke tiga kali seminggu selama 30 minit ke satu jam.

Bila stres apa yang anda lakukan?

Saya suka bercucuk tanam. Jadi bagi menghilangkan stres saya akan melihat tanaman saya. Selain itu saya akan melihat haiwan peliharaan saya iaitu ular spesis oriental whip snake.

SHU UEMURA The Light Bulb Fluid Foundation RM199.50 (30ml) SHU UEMURA Rouge Unlimited Supreme Matte RM94.10 SHU UEMURA Hard Formula Eyebrow RM84.91

SHU UEMURA Calligraph:ink Liquid Eyeliner RM75.47 (applicator) RM66.04 (refill) *refill dan holder dijual berasingan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.