PANORAMA TROPIKAL DI TENGAH BANDAR

Sempena tahun baru ini EH! cadangkan anda untuk start fresh dengan merehatkan minda bersama pemandangan hijau yang cukup menenangkan di The Villa, Sunway Resort Hotel & Spa.

EH (Malaysia) - - JURNAL -

Siapa sangka di balik kesibukan bandar ini terdapat satu kawasan yang menenangkan dalam panorama hijau, suasananya sama seperti berada di dalam hutan. Bertempat di Sunway Resort Hotel & Spa, The Villa memberi perspektif berbeza berbanding tempat penginapan dibawah naungan Sunway yang sedia ada, di sini anda bakal menikmati dekorasi dalaman yang luas bersama perabot kayu yang menghidupkan lagi aura vila dikelilingi kehijauan alam.

Hanya mengambil masa 35 minit dari Kuala Lumpur dan 25 minit dari Kuala Lumpur International Airport KLIA, The Villa tampilkan 17 unit vila bersama kolam renang peribadi, suite master, bilik air yang luas

bersama sunken bathtub dan rain-shower.

Balkoninya menghadap pemandangan pohon-pohon menghijau. Tidak jauh juga dari Sunway Lagoon dan Sunway Pyramid Mall destinasi ini juga pasti jadi tempat yang ideal buat staycation bersama keluarga juga bulan madu!

Istimewa dalam masa terhad Sunway mahu anda bermalam di sini dengan diskaun 30 peratus. Apa yang anda perlu lakukan layari www.sunwayhotels.com, daftar keahlian anda dan tempah bilik secara terus di dalam laman web tersebut. Anda juga berkesempatan untuk berlibur dengan baucar beli-belah dan makan di Sunway Pyramid bernilai lebih RM2000!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.