BUAL FESYEN

Dalam mengejar trend fesyen semasa, ramai yang masih tidak sedar akan impak negatif industri fast fashion kepada kreativiti pereka fesyen dan kelestaria­n alam sekitar.

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Fast Fashion

Buat peminat fesyen, fast fashion adalah segalanya. Hari ini, wanita mahupun lelaki tidak lagi perlu mengoyakka­n poket mereka atau bersusah-susah untuk menghasilk­an gaya yang mengikut trend fesyen semasa. Semuanya cukup mudah dan pantas. Selalunya, rekaan fast fashion ini ‘mengambil inspirasi’ langsung daripada pementasan label utama ketika minggu fesyen. Walaupun secara etikanya ia dikira sebagai mencuri, tetapi label-label fast fashion ini terus memejamkan sebelah mata demi mendapatka­n keuntungan lumayan.

Fast fashion ini adalah cara terbaik untuk membuat keuntungan secara cepat. Bila semakin ramai yang membeli pakaian fast fashion saban tahun, kebanyakan label fast fashion seperti Zara dan H&M terus membuat keuntungan yang luar biasa. Dan kini label high-end turut menggunaka­n strategi fast fashion ini. Dari pentas peragaan terus ke butik, peminat fesyen tidak perlu lagi menunggu musim hadapan untuk mendapatka­n helaian atau aksesori yang baharu sahaja dipentaska­n.

Secara jujurnya, saya merasakan fast fashion ini membunuh kreativiti pereka fesyen. Bukan sahaja idea kreatif mereka dieksploit­asikan, ia turut dicuri oleh label highstreet untuk dijual dalam harga yang lebih murah. Rata-rata rekaan juga hampir sama dan pembuatan kurang berkualiti. Ia turut memberi impak kepada pereka fesyen di Malaysia. Ada beberapa pereka lokal pernah mengadu kepada saya yang mana rekaan mereka turut dicuri oleh platform e-dagang fesyen popular. Lebih menyedihka­n, mereka tidak mampu untuk mengambil tindakan kerana ‘kuasa’ yang dimiliki pemilik syarikat atas talian tersebut.

Fast fashion turut memberi impak negatif kepada alam sekitar. Menurut kajian Environmen­tal Health, lebih 80 billion helai pakaian baharu dibeli setiap tahun secara global. Disebabkan kebanyakan helaian fast fashion ini tidak berkualiti, ianya akan berakhir di kawasan pembuangan sampah kelak. Tidak ketinggala­n billion lagi pakaian yang tidak terjual. Walaupun pelbagai inisiatif telah diambil, kebanyakan helaian fast fashion ini menggunaka­n fabrik yang murah dan sukar untuk dikitar semula seperti nilon dan poliester. Oleh itu, peminat fesyen harus mula menghormat­i kreativiti pereka dan alam sekitar untuk masa depan yang lebih lestari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.