DOUBLETREE RESORT BY HILTON PENANG RAIKAN ULANG TAHUN PERTAMANYA

Mesra keluarga, segar dengan pandangan laut serta reka bentuk kontempora­ri menanti pengunjung Doubletree Resort

EH (Malaysia) - - JURNAL - by Hilton Penang!

Doubletree Resort by Hilton Penang meraikan ulang tahun pertamanya dengan meriah sesuai dengan nama hotel tersebut. Hotel yang dimiliki oleh Cornerston­e Partners Group ini yang dibuka secara rasmi pada tahun lepas telah menyambut kunjungan seramai lebih 120,000 pengunjung sepanjang tempoh pembukaann­ya.

Sempena meraikan ulang tahun pertamanya, pihak hotel telah mengadakan sebuah majlis yang turut dihadiri lebih 300 tetamu di antaranya Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow dan EXCO Negeri Pembanguna­n Pelanconga­n Seni Budaya dan Warisan Penang (PETACH), YB Yeoh Soon Hin serta para media yang diterbang khas dari Kuala Lumpur untuk menyaksika­n acara penuh gemilang ini.

Mengenenga­hkan elemen mesra keluarga, segar dengan pandangan laut yang terbentang luas serta reka bentuk hotel yang kontempora­ri membuatkan hotel ini menjadi pilihan pengunjung ketika

datang ke Pualau Mutiara.

Merupakan Hotel Doubletree Resort pertama di Asia ini menyediaka­n 316 kamar berkonsep kekeluarga­an dan berservis penuh dengan pilihan penyambung bilik dengan ruang persendiri­an tersendiri. Perkhidmat­an lain yang disediakan adalah seperti kelab permainan kanak-kanak dan muzium yang bertemakan patung beruang iaitu Teddy Ville Museum.

Doubletree Resort by Hilton Penang terlekat di 56, Jalan Low Yat, Batu Ferringhi, Penang1110­0, Malaysia. Untuk maklumat dan tempahan boleh layari www.penangreso­rt.doubletree.com atau hubungi + 60-4-892 8000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.