ALWAYS BE MY MAYBE

PENGARAH Nahnatchka Khan LAKON LAYAR Ali Wong, Randall Park & Michael Golamco PELAKON Ali Wong, Randall Park, Daniel Dae Kim & Keanu Reeves

EH (Malaysia) - - TEKNO -

Always Be My Maybe berkisahka­n dua teman baik sejak kecil lagi yang terputus hubungan, kini cuba memulihkan hubungan mereka. Simple, straight to the point namun penuh dengan humor sendiri menjadikan plot filem ini menarik. Sasha Tran (lakonan Ali Wong) dan Marcus Kim (lakonan Randall Park) merupakan dua sahabat yang tinggal bersebelah­an di kawasan perumahan di San Franciso. Pabila mereka mencapai usia remaja, mereka mula membentuk hubungan lebih peribadi namun perhubunga­n mereka terputus.

Enam belas tahun kemudian menyaksika­n Sasha kini seorang chef selebriti terkenal di Los Angeles dan bakal membuka

sebuah restoran baru di San Franciso. Kepulangan­nya ke San Fransico mengembali­kan pelbagai nostalgia dan kecanggung­an setelah Sasha dan Marcus bertemu kembali. Mereka cuba memulihkan hubungan mereka walaupun muncul pelbagai halangan. Kedengaran seperti klise bukan namun plotnya jauh berbeza dengan apa yang anda jangkakan. Perkara yang harus dipuji adalah chemistry antara dua pelakon utama ini dalam menghidupk­an karakter masing-masing.

Namun yang menariknya tentang filem ini adalah twist tentang bagaimana keduadua watak utama tidak sedikitpun mengorbank­an kerjaya mereka sematamata untuk membuat

salah seorang daripada gembira. Dalam hubungan dunia sebenar, pasangan yang menyokong satu sama sama ada dari segi karier mahupun kewangan menunjukka­n tanda bahawa ia satu hubungan yang matang. Realistik bukan? It’s not just another senseless love story, ini adalah kisah cinta yang tidak menipu audiens dengan memberikan jangkaan yang memuaskan, sekurang-kurangnya bagi saya secara peribadi.

Skrip yang diajukan oleh mana-mana karakter dalam filem ini juga lucu tanpa dibuat-buat menambah rasa charm bagi mereka yang inginkan cerita romantis berbeza. Jika anda gemar sesuatu yang lain daripada lain, apa salahnya untuk menonton filem ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.