SAMSUNG GALAXY A80

EH (Malaysia) - - TEKNO -

Hadir di pasaran sebagai telefon pintar dengan kamera boleh diputar pertama untuk rangkaian Samsung. Dengan kamera 48MP, ini bermakna pengguna boleh menangkap gambar swafoto mahupun cara biasa dengan kualiti yang sama. Kamera ini juga lengkap dengan 3D Depth yang menawarkan video Live Focus yang mengimbas objek untuk kedalaman dan ukuran serta mode video Super Steady yang menangkap video dengan mengurangk­an goncangan. Dengan skrin Super AMOLED 6.7 inci FHD+, pengguna dapat menyaksika­n imej dan video yang penuh perincian malah Dolby Atmos juga membenarka­n audio berkualiti tinggi dihasilkan sama ada menggunaka­n pembesar suara mahupun fon telinga. Hadir dalam rona Angel Gold, Ghost White dan Phantom Black, ia boleh didapati pada harga RM2,499 untuk 128GB memori dalaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.