OPPO RENO 10X ZOOM

EH (Malaysia) - - TEKNO -

Reno 10x Zoom dengan paparan skrin OLED 6.6 inci lengkap dengan Corning® Gorilla Glass generasi keenam. Lensa utama 48MP, lensa hadapan 13MP dan lensa ultra-lebar 8MP dapat menangkap fokus penuh 16mm-160mm dan mencapai 10x Zum Hibrid dan 60x Zum Digital. Ia juga hadir dengan penstabila­n imej optik dan motor tertumpu gelung tertutup agar imej yang ditangkap jelas dan terperinci. Ia juga lengkap dengan sensor Sony 48MP IMX586 dan Mod Malam Ultra 2.0 untuk imej yang terang selain video rakaman 4K UHD pada 60fps. Dengan bateri 4,065mAh dan memori 8GB + 256GB, Reno 10x Zoom turut hadir dengan teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0 baru yang membolehka­n pengecasan pantas voltan rendah ketika anda menggunaka­n telefon tanpa mengalirka­n haba lebih mahupun menghadkan prestasi peranti. Boleh didapati pada harga RM3,399.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.