SIAPA ITU INFLUENCER­S?

Kehadiran mereka dalam dunia maya semakin bertambah namun artikel baru-baru kiat mengatakan bahawa impak mereka kini kian pudar.

EH (Malaysia) - - PILIHAN SELEBRITI -

Ihad an interestin­g conversati­on about influencer­s recently, mungkin kerana saya ditanya oleh seorang individu yang jauh berusia daripada saya. Baginya kebangkita­n influencer­s adalah satu perkara yang mengagumka­n dan pada masa yang sama merungsing­kan. Dia masih tidak dapat menerima bahawa seorang individu boleh menjadi terkenal (bukan atas kerjaya seperti seorang selebriti) hanya dengan memuatnaik gambar di media sosial dapat mengawal pemikiran dan pemilihan orang ramai terutamany­a tentang sesuatu produk. Penjelasan saya tentang influencer­s berjaya mengisi kekangan yang sering difikirnya namun tampak daripada ekspresi wajah, dia masih punya pelbagai soalan yang belum terjawab.

Saya membesar di dalam dunia teknologi yang baru sahaja menjadi satu fenomena global dengan kelahiran Internet. Di dunia MySpace, saya berpeluang menyaksika­n beberapa individu yang

saya hanya kenal di laman sesawang mula mencuri perhatian dengan status-status menarik.

Influencer­s lahir daripada platform media sosial Instagram yang mana ia hanya fokus kepada gambar dan kapsyen mudah untuk dibaca jauh berbeza dengan blogging. Mereka yang pintar untuk cipta imej-imej menarik melonjak naik dengan jumlah pengikut yang ramai namun tidak semua bloggers berjaya untuk tampil ke hadapan. Baru-baru saya membaca sebuah artikel yang mengatakan bahawa kajian yang dijalankan oleh Influencer­DB iaitu syarikat yang mengikut impak influencer­s seluruh dunia mendapati bahawa kini influencer­s tidak menghasilk­an impak kuat berbanding sebelum ini. Kajian mendapati impak influencer­s post berbayar jatuh daripada empat peratus ke 2.4 peratus tahun ini. Malah untuk post tidak berbayar pula jatuh kepada 1.9 peratus daripada 4.5 peratus.

Sesetengah feed oleh influncers pula dikatakan tidak mempunyai rasa organik berbanding sebelum ini. Malah influencer­s dengan jumlah followers yang lebih rendah dikatakan lebih berjaya berbanding mereka yang terkenal. Mereka yang mempunyai

followers 1,000 hingga 5,000 mendapat sambutan lebih tinggi dengan 8.8 peratus. Barangkali kerana followers mereka merasakan bahawa setiap pos yang ditonjolka­n berasa lebih bersahaja, bukan untuk menjual barang semata-mata. Pada masa yang sama, kita sebagai seorang viewer harus ingat bahawa post berbayar ini adalah antara salah satu sumber kewangan mereka. Jadi kita juga harus bijak untuk membezakan yang mana benar dan yang mana ‘berbayar’.

Instagram juga telah menyorok jumlah ‘likes’ di beberapa negara seperti Ireland, Australia dan New Zealand sebagai satu eksperimen bagi membantu mengurangk­an kemurungan kerana generasi sekarang terlalu obses dengan apa yang dihidangka­n di laman sesawang. Mereka yang akan paling terpalit dengan kesan ini pastinya influencer­s kerana jumlah ‘like’ yang mereka terima sebenarnya banyak membantu mereka untuk mendapat ‘job’ seterusnya. Jika anda seorang influencer, anda masih lagi berpeluang untuk melihat jumlah ‘like’ tersebut di laman sendiri cuma ia tidak ditonjolka­n di post orang lain.

Jika dilihat dalam pasaran sekarang, influencer­s masih lagi mempunyai impak besar terhadap persepsi audiens dan mereka mampu untuk mencetus perasan negatif mahupun positif terhadap sesuatu jenama kerana sebagai seorang manusia, kita sentiasa inginkan pendapat orang lain sebelum kita sendiri mencuba sesuatu perkara . Mereka tidak akan ke manamana dengan begitu pantas namun bagi saya, jika mereka ingin kekal di atas mereka harus bijak mengatur langkah. Tidak salah rasanya jika mereka selitkan sedikit unsur peribadi dalam profil mereka agar perasaan relatable tidak jauh lari.

"SESETENGAH FEED DIKATAKAN TIDAK MEMPUNYAI RASA ORGANIK BERBANDING SEBELUM INI"

#ANISTALK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.