GINCU BIBIR

EH (Malaysia) - - NOTA CANTIK -

Olesan gincu bibir dengan pilihan warna gincu yang serasi dengan ton kulit dapat memberikan impak yang menawan pada solekan wajah. Jika salah dalam pemilihan warna gincu ia akan membuatkan solekan tampak serba kekurangan.

WARNA DASAR KULIT HANGAT (WARM)

Jenis warna kulit warm terdiri dari kulit sawo matang, tan, coklat gelap hingga hitam. Rona yang sesuai untuk jenis kulit sawo matang dan tan adalah gincu bibir berwarna merah jambu pastel yang sedikit gelap atau merah jambu neon untuk rupa yang semula jadi. Bagi penampilan yang ringkas tetapi elegan pilih lipstick warna coklat muda atau pic gelap. Penampilan yang seksi pula pilih gincu berwarna ungu magenta atau coklat kemerahan.

Jika anda berkulit coklat gelap hingga hitam, bagi penampilan semula jadi gincu warna ungu muda sangat sesuai dipakai. Manakala untuk penampilan yang lebih kasual atau ringkas pilih rona coklat muda. Untuk rupa yang seksi cuba oleskan lipstik rona ungu kemerahan atau merah bata terang. Ia sesuai untuk kulit yang gelap.

WARNA DASAR KULIT SEJUK

Warna dasar kulit sejuk adalah warna kulit cerah. Sekiranya anda seorang yang berkulit cerah cuba calitkan warna gincu natural dalam ton merah jambu seperti merah jambu pastel atau merah jambu magenta. Selain itu jika inginkan penampilan yang lebih ringkas pilih rona gincu bibir nude seperti koral atau pic. Jika anda inginkan rupa yang seksi warna merah cerah adalah warna sesuai untuk dioles oleh kulit cerah.

WARNA DASAR KULIT NEUTRAL

Ton bagi warna kulit ini adalah ton medium seperti kulit kuning langsat. Pilih gincu bibir rona merah jambu yang agak tua warnanya atau merah jambu pic. Untuk penampilan seksi oleskan lipstik berwarna merah menyala atau jingga terang. Jika anda inginkan rupa yang lebih ringkas pilih gincu rona pic lembut hingga pic gelap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.