MAINAN WARNA PADA KULIT!

PANDUAN WARNA YANG SERASI DENGAN TON KULIT DAPAT MENGHASILK­AN RUPA YANG MENAWAN!

EH (Malaysia) - - NOTA CANTIK - FOTOGRAFI XIANG TEKS & PENYELARAS AZLIANY MOHAMAD ARAHAN SENI KHAIRANI RAMLI

Warna terbahagi kepada beberapa kategori iaitu warna lembut, garang, gelap dan terang atau ceria. Pemilihan warna dalam solekan amat penting kerana ia akan memberikan impak yang besar dalam mendapatka­n hasil solekan yang sempurna. Jika tersalah bermain warna akan membuatkan solekan kelihatan kurang menarik atau serba tak kena.

Harus diingat tidak semua warna sesuai untuk dicalitkan pada setiap ton kulit. Terdapat pelbagai jenis ton kulit seperti sawo matang, kuning langsat, cerah dan hitam manis yang perlu difahami oleh setiap individu. Warna yang tepat akan memberikan hasil solekan menawan pada kanvas wajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.