THE ACE SQUAD

EH (Malaysia) - - 101 ILHAM -

WE WANT YOU TO BE AUTHENTIC AND FREE WITH YOUR STYLE! DALAM PERSALINAN SERBA-SERBI GUCCI, EH! KUMPULKAN MODEL, SELEBRITI DAN BINTANG MEDIA SOSIAL YANG SERING DILIHAT DALAM BALUTAN OOTD MENANG GAYA, TETAPI KALI INI BERSAMA ‘KEY ITEM’ KASUT KOLEKSI ACE BAHARU GUCCI.

ALICIA AMIN

Menggayaka­n set jaket bomber dan seluar merah hitam bercorak genggang bersama padanan baju leher penyu merah sutera. Digayakan bersama aksesori beg tangan GG Marmont dan kasut bersulam koleksi Ace Gucci.

KITTIE YIYI

Menggayaka­n jaket dan skirt tweed bercetak logo Gucci hitam putih bersama baju kemeja jersi longgar berperinci­an bulu warna kontra di lengan, padan bersama seluar joging besar mutliwarna dan kerongsang berperinci­an Kristal berlogo Gucci buat aksesori rambut.

HAEL HUSAINI

Jaket dan rompi retro bercetak jalur bersama logo Gucci dipadankan bersama kemeja denim ringan bersama perincian sulam dan seluar bermuda warna coklat, kasut koleksi Ace Gucci.

RUBINI

Jaket besar tweed ‘Vichy’ bercorak genggang dipadankan bersama baju tanpa lengan kolar mandarin dan set seluar besar Sylvie Vichy warna biru putih. Digayakan bersama aksesori beg tangan kecil GG Marmont hitam coklat dan aksesori kepala tekstur baldu warna fuchsia. Kasut koleksi Ace bersama jalur logo Gucci.

SHAN RATNAM

Jaket jersi besar bercetak bersama tali pingang multi-warna. Besama seluar biru ‘herringbon­e’ dan padanan kasut koleksi Ace bersama jalur logo Gucci.

SHAN RATNAM

Mengayakan kimono linen merah hitam bersama kemeja putih dan seluar pendek bermuda Camel-ebony GG dan kasut koleksi Ace Gucci.

RUBINI

Mengayakan jaket tweed warna biru muda bersama set skirt pendek, dipadankan bersama baju kemeja bersama reben dan perincian ropol di bahagian hadapan. Disempurna­kan dengan stokin cetak hairmau, aksesori kepala warna fuchsia, beg tangan rafia kecil GG Marmont dan kasut berjalur logo Gucci koleksi Ace.

HAEL HUSAINI

Mengayakan jaket cardigan vintaj biru merah bersama baju vest dan kemeja oxford biru muda bersama perincian bersulam. Disempurna­kan bersama kasut koleksi Ace Gucci.

ALICIA AMIN (KANAN)

Tali pingang bertekstur Double G bersama padanan seluar linen dan jaket single breasted Cream-Bordeaux, disempurna­kan bersama aksesori kasut koleksi Ace bersulam Gucci.

RUBINI (KIRI)

Jaket single breasted warna biru muda bersama sulaman cherry dihadapan, dipadankan bersama baju tanpa lengan warna biru muda bersama perincian riben dan set seluar denim biru muda. Kasut koleksi Ace berperinci­an jalur Gucci.

ALICIA AMIN

Menggayaka­n set tracksuit jaket multiwarna dalam perincian sekuin dan jahitan manik bunga, dipadankan bersama baju mandi lycra bercetak logo Gucci warna emas dan kasut koleksi Ace bersulam Gucci.

HAEL HUSAINI waistcoat wool

Menggayaka­n serba merah bersama kemeja denim putih dengan perincian bersulam, dipadankan bersama seluar biru ‘herringbon­e pants’ bersama kasut koleksi Ace dan kaca mata Gucci.

KITTIE YIYI

Memadankan baju panas warna biru dalam perincian gambar tenis dan logo Gucci bersulam, digayakan bersama skirt panjang bercetak ‘New India patchwork’ dan dilengkapi bersama aksesori beg tangan Gucci Zumi saiz medium, kaca mata hitam dan kasut tapak tinggi wanita koleksi Ace Gucci.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.