Imaginasi Azar

EH (Malaysia) - - LENSA KAMERA -

Tahun 2019, anda sedang sibuk dengan...

Selepas ‘Nur’, saya tampil menerusi slot Samarinda bersama Fattah Amin. Selain itu sedang giat dengan pengambara­n drama untuk slot RTM ‘Dendam

Tapi Cinta’ dan filem bakal berada di pawagam ialah ‘Rumah Cikgu Salina’.

Jika bukan seorang pelakon, anda mungkin...

Ahli perniagaan. Malah saya kini telah membuka sebuah butik, menjual himpunan streetwear dan produk kecantikan seperti Snowy Instant White iaitu produk pupur wajah dan juga Moisture Glow Essence pelembap khusus untuk kulit yang punya masalah berjerawat dan garis halus.

Pengalaman paling mencabar sepanjang bergelar seorang pelakon?

Bagi saya semuanya mencabar! Setiap projek yang saya terima ada cabaran tersendiri baik dari segi skrip, karakter atau watak, lokasi dan juga keserasian sesama pelakon. Tetapi bagi saya, paling menguji minda adalah menjadi seseorang yang bukan diri kita demi menjiwai watak. Itulah paling mencabar!

Apakah stail fesyen pilihan anda?

Terpulang pada mood saya! Kadangkada­ng ingin tampil ekstra atau ringkas sahaja. Tetapi gaya yang paling saya selesa adalah sporty dan classy!

Bagaimana pula warna pilihan anda?

Jika anda mengenali personalit­i saya pasti anda terkejut. Sejujurnya, saya amat menggemari warna putih kerana bukan sahaja mudah dipadu padan malah warnanya bagi saya sangat bersih.

Figura fesyen paling dikagumi?

Karl Lagerfeld. Ikon fesyen kesayangan jutaan pencinta fesyen! Dia seorang legenda dalam arena fesyen, setiap rekaan dan ideologiny­a menjadi rujukan. Ilham classy dan mewah.

Siapakah pengkritik tetap anda kala tampil bergaya?

Netizen! Hahaha...

Siapakah it-girl pilihan anda?

Semua yang berjalan di pentas Victoria’s Secret. The angels! Bagi saya mereka terlalu sempurna dari fesyen hinggalah kecantikan.

Pereka fesyen pilihan anda?

Azura Couture. Rekaannya cukup selesa dan yang penting buat saya tampak tinggi dan langsing. Azura punya taste selaras dengan kehendak saya.

Tiga personalit­i anda yang orang tidak tahu?

Seorang yang sangat tegas, garang dan bercakap straight to the point!

Gaun potongan lisu sifon, DOROTHY PERKINS.

Gaun maksi rona kuning perincian butang besar, DOROTHY PERKINS.

Gaun maksi polos dan berjalur, TOMMY HILFIGER.

Top berjalur, TOMMY HILFIGER. Celana jingga, TOPSHOP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.