#THROWBACK

EH (Malaysia) - - JURNAL -

1 OGOS 1981

MTV bersiaran ke udara buat kali pertama dengan memainkan video-video muzik terkini yang mengubah strategi pemasaran buat industri muzik seluruh dunia.

8 OGOS 1986

Tayangan filem Stand by Me lakonan Wil Wheaton, River Phoenix, Corey Feldman dan Jerry O’Connell. Diadaptasi daripada buku The Body oleh Stephen King, filem ini telah dinobatkan untuk Best Adapted Screenplay di Anugerah Akademi dan Best Motion Picture-Drama dan Best Director di Anugerah Golden Globe.

29 OGOS 1986

Tayangan filem Shanghai Surprise yang dibintangi oleh Sean Penn dan Madonna. Filem ini menerima banyak kritikan negatif malah Madonna turut menang Worst Actress di Anugerah Golden Raspberry ke 7.

27 OGOS 1991

Pearl Jam melancarka­n album debut mereka, Ten, yang berjaya menaikkan nama mereka dalam industri muzik selain menjadi salah seorang peneraju genre grunge.

17 OGOS 2002

Nelly menjadi artis kelima yang menggantik­an tempat sendiri di kedudukan pertama dalam carta Billboard Hot 100 pabila lagu ‘Dilemma’ merampas takhta daripada lagu ‘Hot in Herre’.

25 OGOS 2001

Penyanyi Aaliyah meninggal dunia pada usia 22 tahun pabila kapal terbang peribadi yang dinaikinya bersama lapan individu lain terhempas di Bahamas selepas dia merakamkan video untuk single ‘Rock the Boat’.

28 OGOS 2003

Momen paling mengejutka­n di Anugerah MTV Video Music 2003 pabila Britney Spears dan Madonna bercumbu ketika membuat persembaha­n di pentas. Madonna turut bercumbu dengan Christina Aguilera dalam persembaha­n yang sama.

31 OGOS 2004

Green Day mengeluark­an single American Idiot yang berjaya dinobatkan untuk empat Anugerah Grammy 2005 dalam kategori Record of the Year, Best Rock Performanc­e by a Duo or Group with Vocal, Best Rock Song serta Best Music Video.

28 OGOS 2011

Beyonce mengumumka­n kehamilann­ya di Anugerah MTV Video Music Awards selepas membuat persembaha­n lagu ‘Love On Top’. Blue Ivy Carter dilahirkan pada 7 Januari 2012 di Manhattan,

New York.

16 OGOS 2018

Aretha Franklin yang juga digelar ‘Queen of Soul’ meninggal dunia pada usia 76 setelah bertarung dengan tumor PanNETs. Sepanjang kariernya dia telah memenangi 18 Anugerah Grammy dan pernah mengeluark­an 112 single di carta Billboard termasuk 20 lagu kedudukan pertama di carta R&B.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.