EH! SEPINTAS

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Tanya diri kamu, bilakah kali terakhir yang kamu benar-benar carefree, bebas membuat apa saja yang kamu mahu tanpa perlu menimbang-tara atau memikirkan tentang orang lain. Jika ditanyakan pada saya, saya pun tiada jawapannya, sudah lupa bila saya betul-betul carefree. Makin dewasa tanggungja­wab juga bertambah, kita semakin matang dan berbekalka­n pengalaman kita tahu tiap tindak tanduk pasti ada kesannya, baik atau tidak bergantung pada kita sendiri.

Tapi, bila makin dewasa saya fikir kita juga seharusnya tahu bagaimana untuk membebaska­n diri daripada sikap overthinki­ng, yang mematikan kebebasan dan kegembiraa­n hidup. Bila sudah matang, kita sepatutnya sudah tahu mengasingk­an mana yang baik mana pula sebaliknya. Mana yang tak elok itu kita elakkan, tak kiralah kawan yang toksik ke, suasana bekerja yang tak menyeronok­an atau apaapa saja yang membunuh kita menikmati keseronoka­n hidup.

Apa yang membunuh carefree? Bila kita mahu melakukan sesuatu kita mahukan approval daripada orang lain. Selagi hidup, orang akan terus berkata, akan ada pendapat masing-masing. Seperti kata cover girl EH! bulan ini, Lisa Surihani, “we can’t please everyone all the time.” Media sosial pun satu lagi. Hendak kongsi gambar pun kadang-kadang kita fikir orang akan suka atau tidak, akan dapat banyak ‘likes’ atau tidak. Ada orang memang tahu dia akan murung kalau tengok post ex-boyfriend atau exgirlfrie­nd dia, tapi dia nak stalk juga. Siapa suruh cari fasal, macam mana nak ada rasa carefree kalau tak move on.

Lagi satu kita tak akan seronok dengan hidup kita jika terus-terusan mengungkit kisah lalu. Hentikanla­h mengenang hal yang sudah lepas. Bringing your past into the future is only denying yourself the present.

Lagi satu, jangan ada rasa menyesal dalam hidup. Benda dah lepas, tak ada apa yang boleh ditukar, sudah jadi sejarah. Lagi satu saya rasa yang membuatkan kita susah untuk carefree ialah bila kita terlalu susah membuat keputusan. Bila kita melengah-lengahkan membuat pilihan maka banyaklah benda berputar-putar dalam kepala, fikirlah tak sudah-sudah.

Jadi sempena bulan kemerdekaa­n ini kita merdekakan­lah diri kita dari terus dijajah dengan terlalu memikirkan tanggapan orang lain terhadap kita. Ya, hidup bermasyark­at kenalah fikir fasal orang, tapi biarlah ada batasnya. Buatlah apa yang kamu suka (selagi tak menyusahka­n atau menyakiti orang lain). Kalau hari ini kamu kata kamu suka lagu rock, esok tiba-tiba kamu obses dengan dangdut, tak apalah, pedulilah kalau orang kata kamu buang tabiat. Selagi hidup selagi itu ada perubahan. Hidup perlu evolve. Lagi satu, paling penting untuk hidup carefree kita mesti lihat yang baik saja dalam diri orang lain. See the good in everybody and everything. Percayalah, it works! Selamat hari merdeka!

Khairul Abidin

PENGARANG [email protected]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.