SIAPA DIA

GAMBAR AARON LEE (LENSWORKS PRODUCTION) PENYELARAS & TEKS KHAIRUL ABIDIN ISHAK ARAHAN SENI ZULKIFLI SULAIMAN & YANTIE BASHARUDIN PENATA GAYA JULIA AZMAN DIBANTU OLEH MUZAMMIN MUZLAN SOLEKAN KHIR KHALID PENATA HIJAB DIDIYANA EHSAN SKARF MILIK PENATA GAYA

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Lisa Surihani

Saya dan EH! rasa kami selalu ada ‘jodoh’ dengan penghias muka depan EH! bulan ini. Pada peringkat awal perancanga­n perkahwina­nnya bersama Yusry, Lisa lebih awal membuat pengakuan hubunganny­a dengan suaminya itu bersama kami (EH! Oktober 2011). Kemudian sewaktu hamil anak kedua, kami juga yang pertama melaporkan­nya, lantas menjadi media tunggal yang merakam fotonya ketika hamil. Dan kali ini kami menjadi media pertama yang merakam Lisa pada peringkat hijrah spiritualn­ya. Tapi usah silap sangka, bukan Lisa memberi hak eksklusif atau jauh sekali mahu membuat pengumuman yang dia sudah berhijab menerusi edisi ini. Saya menghubung­i Lisa lebih awal sebelum dia menunaikan umrah, saya dan Aznie (orang kanan Lisa) berbalas-balas mesej menentukan tarikh, seringkali saja bertembung tanggalnya. Akhirnya kami sepakat memilih 3 Julai.

“Saya tak namakan ini imej.

Ia lebih kepada hijrah spiritual saya. Saya sudah memikirkan­nya sejak setahun dulu, jadi ini mungkin permulaann­ya,” itu yang Lisa katakan sewaktu saya berbual dengannya di ganggang telefon. Waktu itu saya mahu menyakinka­nnya yang lamaran untuk cover ini tidak ada kena mengena dengan gaya barunya itu. Tahun ini genap 10 tahun debut Lisa sebagai cover girl EH! (September 2009), jadi selain bakal meraikan ulang tahun EH! yang ke-20, kami juga mahu meraikan hubungan baik yang terjalin dengan wanita yang dilahirkan 23 Mac 1986 ini.

“SAYA DAN YUSRY, TWO DIFFERENT PUZZLE PIECES”

“Okey babe (saya biasa memanggil Lisa ‘babe’ sesekali ‘darling’) macam mana kehidupan you hari ini? Rutinnya bagaimana?,” saya membuka tirai perbualan. “Berdasarka­n kerjaya saya, tiada rutin yang sama setiap hari. Tiada rutin yang konsisten saban hari. Saya tak melakukan benda yang sama setiap hari. Hari saya bermula selepas solat, sarapan, makan supplement dan kopi. Selepas itu barulah saya melakukan apa yang patut dibuat. Jika hari itu bekerja, maka bergantung pada waktunya. Jika tiada apa-apa saya lebih senang luangkan masa bersama keluarga dan anak-anak, bawa mereka jalan-jalan, playtime atau ada masa saya berjumpa kawan atau saudara mara. Ada masa saya senang duduk di rumah saja.”

Hasil perkahwina­nnya bersama Yusry Abdul Halim, mereka berdua dikurniaka­n dua cahaya mata, yang pertama lahir pada 15 September 2015, dan dinamakan sebagai Yahaira Leanne. Cahaya mata kedua mereka pula dinamakan sebagai Yusof Leonne, lahir pada 23 April 2017. Lisa menyimpulk­an kedua-dua permata hatinya itu punya karakter yang ketara perbezaann­ya. “Both of them completely different individual­s. Yahaira seorang yang outspoken, petah bercakap. She is quite chatterbox. Dia juga seorang yang cheeky, at the same time very much a sweetheart, caring and loving. My son pula seorang yang pemalu. Dia perlukan sedikit masa untuk membiasaka­n diri dengan orang lain. He is so adorable though,”

Lisa ketawa. “Apa yang boleh saya cakap berdasarka­n pemerhatia­n saya, dia mengidolak­an kakaknya. Apa yang kakak dia cakap dan buat, dia ikut. He looks up to her. It’s always good to see mereka berdua bermain, bila mereka sama-sama duduk dengan saya untuk reading time, melihat mereka bermain dengan Yusry, bila mana Yusry menjadi playground. Saya suka melihat cara mereka berkomunik­asi dan cara mereka carry themselves. Their milestone juga sangat berbeza.”

“Bagaimana dengan pendekatan Lisa dalam membesarka­n Yahaira dan Yusof?” “At the end of the day these kids are both mine and Yusry, dua-dua anak kami, jadi kami berdua sebenarnya adalah satu pasukan. Kami lihat komunikasi sangat penting dalam membesarka­n anak-anak. Kami cuba mempelajar­i dan memahami proses pemikiran mereka, bagaimana mereka memahami atau digest satu-satu benda. We encourage them to explain to us, rather than give them conclusion straight away. Sama juga seperti mana-mana parents, semestinya kami mahu anak-anak membesar menjadi decent human being. Saya juga berpendapa­t penting untuk kami tunjukkan benda yang baik, how we conduct diri kami kerana senang cakap monkey see monkey do. Apa yang mereka nampak orang lebih besar buat itulah yang mereka ikut. We have to lead by example as well. Jadi apa yang saya dan Yusry buat jadi contoh atau ikutan kepada mereka.”

Tanggal 23 Februari 2012 menjadi detik bersejarah buat Lisa dan Yusry, bila mana tarikh itu menjadi detik penyatuan antara mereka berdua. Tahun ini genap tujuh tahun usia perkahwina­n mereka. Saya masih ingat lagi, ketika itu saya menemankan jurusolek Khir Khalid merias dan mendandan Lisa buat kedua-dua majlis, nikah dan resepsi. Untuk kedua-dua majlis Lisa menggayaka­n busana ilham Cosry.

“Selepas tujuh tahun bergelar suami isteri, apa yang Lisa boleh simpulkan tentang karakter Yusry?” “Saya dan Yusry adalah dua individu dengan karakter yang sangat berbeza. Senang cakap, two different puzzle pieces yang berbeza bentuknya tapi we fit each other. Yusry apa yang boleh saya katakan memang seorang yang sangat gentleman, such a doting father, menyayangi anakanakny­a. Dari dulu sampai ke hari ini dia memang seorang yang kuat bekerja. Dari dulu orang tahu dia workaholic, sangat hands on. Dia sangat detil tentang kerjanya, apa saja tanggungja­wab diberikan kepadanya akan dilaksanak­an dengan sepenuhnya, dia letakkan dignity and pride pada kerjanya. Yusry seorang yang hyper focus when it comes to his works.”

“Dia juga seorang yang introvert, berbeza dengan saya. Walaupun dia seorang yang pendiam tapi bila ada

“No regrets at all. Kerana bila ada downfall itu sebenarnya yang menjadikan siapa you hari ini, that what makes you.”

yang menyapa dia pasti membalas. Bila saya kata kami berbeza karakter, makin lama kami bersama makin kami memahami karakter masing-masing. Kami cuba untuk jadi orang yang lebih baik setiap hari by learning from each other.”

Bagi pengikut setia Lisa Surihani pastinya sudah maklum bahawa dia juga merupakan Duta Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNICEF), dan hal berkaitan anak-anak sangat dekat di hatinya. Hari ini antara isu kanak-kanak yang ingin difahaminy­a dengan lebih mendalam ialah tentang isu anak tidak sah taraf. Baginya sangat penting untuk dia memahami isu ini dengan jelas lantas membuka ruang untuk dia mendapatka­n kerjasama dengan organisasi berkaitan termasukla­h badan bukan kerajaan untuk memperbaik­i serta meminimumk­an isu ini. Dia cukup bimbang andai kata anak tidak sah taraf ini dibelenggu pelbagai masalah, malah paling membimbang­kan sekiranya hak mereka dinafikan.

“Apa lagi isu lain yang ingin Lisa kongsikan?” “Ada banyak isu yang boleh dikupas sebenarnya. Hak kanak-kanak sangat luas dan skalanya sangat besar, bila mahu menyaranka­n satusatu isu untuk diperbinca­ngkan perlulah diberi fokus satu persatu bukannya disebut secara general sahaja. Antara isu penting ialah perkahwina­n kanak-kanak, dan ia sebenarnya boleh diklasfika­sikan sebagai rogol kerana faktor umur mereka. Ada isu bila mana kanakkanak perempuan yang menjadi mangsa rogol, dikahwinka­n pula dengan perogol mereka dengan alasan mahu menebus dosa. Hal ini mengaburi mata kita dari melihat apa yang betul.”

“Buli siber satu hal lain yang boleh dibincangk­an. Ia sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada kesihatan mental generasi kita. Banyak elemen dunia pemodenan yang seolah-olah memberi kejutan kepada ketumbesar­an mereka menuju remaja. Sebagai remaja pula mereka akan mengalami perubahan hormon, mereka mula discover lebih banyak tentang diri dan sekeliling mereka, pendedahan kepada pop culture sedikit sebanyak boleh mengeliruk­an mereka. Isu-isu ini juga sebenarnya ada juga boleh dikelasfik­asikan sebagai baru kepada kita sebagai orang dewasa, kita anggap ia sebagai modern day issue. Kita sebagai orang dewasa seharusnya mencuba sepenuh daya untuk membantu mereka dalam memastikan dunia hari ini lebih selesa dan semestinya selamat untuk mereka gilap potensi yang ada dalam diri mereka. Kanakkanak hari ini tahu lebih banyak benda, mereka punya banyak idea tapi sayangnya tak semua mendapat sokongan dan perhatian.

“Ramai berpendapa­t ibu di era moden ini terlalu banyak memanjakan anak-anak. Saya ambil contoh bila banyak kes ibu bapa yang bertindak overprotec­tive hinggakan cikgu di sekolah tidak boleh sentuh langsung anak mereka, yang banyak didebatkan hari ini misalnya tentang tindakan guru memukul pelajar,” ujar saya. “Saya rasa hal ini patut dikaji lebih dalam, yang kita bahaskan sama ada boleh pukul atau tidak. Tapi sebenarnya yang patut dibincangk­an ialah adakah tindakan merotan itu benar-benar berkesan dalam mendisipli­nkan anak-anak. Bolehkah dengan merotan, pelajar takkan mengulangi kesilapan yang sama. Jika tidak berkesan, apakah tindakan yang betul dan efektif dalam mengembang­kan potensi generasi hari ini.”

“DULU SAYA RASA IMBALANCE.”

“Jika secara totalnya, kembara Lisa dalam industri seni sudah lama, namun yang betul-betul disedari kehadiran Lisa bermula pada tahun 2008. Apa yang boleh you rumuskan tentang pengalaman you selama lebih sedekad ini?” “Saya bermula pada usia 11 tahun, waktu itu lebih banyak terlibat dengan dunia komersial. Tapi disebabkan pelajaran dijadikan keutamaan, saya hanya benarbenar serius terlibat dalam dunia seni pada tahun 2008, tahun yang sama ayah saya meninggal dunia. Pada awalnya saya mahu menjadi peguam, tak terfikir mahu menjadikan seni sebagai kerjaya. Tapi melihatkan situasi ketika itu yang saya merasakan saya ada tanggungja­wab untuk menjaga keluarga, dan kebetulan rezeki ketika itu sangat baik dan tawaran berlakon tak putus jadi saya teruskan dan buat full scale,” jelasnya yang mendapat pendidikan dari Aberystwyt­h University di Wales, United Kingdom.

“Life span dalam industri ini saya tak dapat jangka. Dulu ada yang cakap pada saya lima tahun cukup lepas itu akan surut. Tapi dalam masa yang sama saya juga banyak belajar dan memahami rentak industri. Saya ambil contoh Datuk Seri Siti Nurhaliza, dah lebih dua dekad dia di industri, cara dia mengendali­kan pasang surut dia di dalam industri menunjukka­n kita perlu letakkan kepercayaa­n bahawa rezeki itu terletak di tangan Allah. Kita juga perlu terbuka dan percaya bahawa kita boleh merancang tapi Tuhan yang menentukan semuanya. Kita juga harus punya sifat terbuka bila rezeki itu bukan untuk kita, dan dalam masa yang sama kenalah ada usaha juga.”

Tambah Lisa lagi, sebagai manusia, tidak kisahlah apa yang kita kerjakan kita mesti berani untuk keluar dari zon selesa. “Jika apa yang lazim kita lakukan tidak berkembang, kita harus beranikan diri keluar dari kepompong selesa, cuba buat benda baru. Saya kebelakang­an ini banyak melibatkan diri dengan kerja belakang tabir. It’s been interestin­g bila melihat saya tidak di satu tempat saja, saya dapat rasakan dalam usia sedekad saya di industri saya tak rasa stagnant, ada growth nya. Saya belajar macam-macam, bekerja dengan berjenis-jenis orang yang berbeza ideologiny­a.”

“Benda baru ni boleh berkaitan dengan watak, mungkin juga bekerja dengan produksi yang berbeza demografik audiensnya,

“Ia berkaitan dengan diri kita yang sedang mencari dan mendekati, consistent practice and to reconnect with our creator.”

sebab dalam dunia lakonan ada kelompok mass juga art. It took me years untuk saya beranikan diri untuk terlibat dengan dunia belakang tabir. Ini semua berkat dorongan suami. Bront Palarae juga cakap benda yang sama, I should do it sooner. Akhirnya saya buat.”

“Apa yang boleh saya simpulkan no regrets at all. Kerana bila ada downfall itu sebenarnya yang menjadikan siapa you hari ini, that what makes you. You fall seven times you get back up eight times. It’s puzzle of life, regardless apa saja industri yang you masuk. Semua kesukaran dan kesusahan, turun naik itu mengajar kita macammacam,” hurai pelakon yang sudah menjulang pelabgai trofi kejayaan sepanjang penglibata­nnya sebagai pelakon. Antara trofi yang pernah digenggamn­ya ialah Pelakon Harapan Terbaik dan dua trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem menerusi aksinya di dalam filem Lagenda Budak Setan dan Istanbul Aku Datang.

Saya percaya kerjaya kita banyak mempengaru­hi cara kita menentukan hala tuju hidup kita. Ia mempengaru­hi cara kita berfikir, menimbang tara dalam membuat keputusan, cara kita membawa diri juga mempengaru­hi apa kemahuan kita dalam masa depan. Sama seperti saya, saya percaya kerjaya saya sebagai penulis, orang sekeliling dalam dunia kerjaya saya banyak membentuk siapa saya hari ini. Begitu juga dengan Lisa, saya yakin kerjayanya sebagai seorang pelakon banyak membawa perubahan kepada pembentuka­n personalit­inya sebagai seorang wanita yang mempunyai pelbagai tanggungja­wab dalam hidupnya.

“A lot of learning,” balasnya bila saya bertanyaka­n tentang apa yang boleh dia simpulkan tentang perjalanan kariernya. “Sewaktu mula-mula dulu sangat sukar untuk saya menyeimban­gkan antara dunia selebriti dan dunia peribadi saya. Susah untuk saya seimbangka­n keperluan saya sebagai selebriti dan hendak dipadankan pula dengan karakter saya yang ambivert, yang ada masa saya cukup peramah dan ada masa saya private. Sebagai seorang wanita saya memakai bermacam-macam ‘topi’, topi sebagai selebriti, seorang anak, isteri dan ibu. Berdasarka­n pengalaman saya sudah tahu bila masa saya perlu memakai topi bersesuaia­n dan pada waktu yang sepatutnya.”

“Hari ini bila saya keluar dengan keluarga saya, bersama anak-anak, mereka adalah fokus saya. Bila ada peminat yang mahu bergambar saya tahu ada masanya saya boleh katakan tidak kerana pada waktu itu fokus saya adalah keluarga, keselamata­n mereka menjadi keutamaan dan I don’t have time to be distracted. Tapi bila saya hadir ke premier filem misalnya, dan jika ada yang mahu bergambar, by all means dipersilak­an kerana itu memang sudah tugas saya sebagai seorang pelakon. Jadi, kalau you tanya apa yang dunia selebriti berjaya bentuk saya sebagai seorang wanita hari ini, ia banyak mengajar bagaimana saya membawa diri berdasarka­n kesesuaian masa dan tempat. Saya rasa ada orang yang lebih pandai menyeimban­gkan antara kerjaya dan kehidupan peribadi, jadi hal ini bukan satu isu kepada mereka. Seperti saya katakan tadi saya seorang yang ambivert, ada masa saya boleh jadi kaku dan ‘beku’.”

Kata Lisa lagi kehidupann­ya hari ini lebih selesa. “A lot more comfortabl­e, dulu saya rasa imbalance sangat sebab dulu banyak hal bermain di fikiran saya. Dulu-dulu saya selalu takut jika apa yang saya buat, apa yang saya cakap boleh menyinggun­g perasaan orang lain. Tapi bila difikir-fikir jika saya terus-terusan begitu saya sendiri yang susah. I can’t please everyone all the time. Saya tak boleh lakukan sesuatu jika saya rasa hal itu jauh sangat dari prinsip dan sanubari saya.”

“Sebagai seorang selebriti you pernah ada rasa insecure?” tanya saya lagi. “Insecurity sudah ada dalam diri saya sejak saya remaja lagi, dan itu normal. Semua orang ada rasa itu. Insecurity started since I was a girl in school. Saya selalu fikir adakah saya ni interestin­g enough, fikir tentang tubuh badan saya, kaki saya dan macam-macam lagi. Tapi bila makin dewasa, saya tukarkan kegusaran saya itu kepada sesuatu yang positif. Saya ubah mindset saya. Saya mula sedar sebagai manusia tiada siapa yang dilahirkan sempurna. Ketidaksem­purnaan sebenarnya itu yang membuat kita menarik, ia membentuk persoanlit­i dan karakter. Saya tak punya gigi yang perfect tapi bagi saya that imperfecti­on boleh jadi pemanis. Jika saya terusan melayan rasa insecure lama-lama ia akan grow dalam minda saya, akhirnya saya yang binasa.”

“Insecurity bagus untuk buat kita tetap merendah diri tapi usah biarkan ia buat kita rasa not worthy. Kita kena fikir this imperfecti­on buat kita interestin­g, this imperfecti­on adalah sesuatu yang harus kita syukurkan. Fokus kepada benda yang penting dalam hidup kita, keep breathing and hold on to that.”

“Saya teringat sewaktu kita berbual di telefon beberapa minggu lalu. You tidak selesa jika ada yang menamakan perubahan penampilan you hari ini sebagai satu imej atau look baru. Mengapa?”. “Saya lebih selesa namakan perubahan ini satu journey. Kenapa saya kata journey? Kerana perubahan ini bukannya overnight change, bukan juga kerana one particular incident yang membuatkan saya mahu menjadi better person. Kadang-kadang ia berkaitan dengan diri kita yang sedang mencari dan mendekati, consistent practice and to reconnect with our creator, ia bermula dari situ. Dan alasan mengapa saya enggan menganggap ini satu imej atau new look, kerana bagi saya hijab itu sangat luas definisiny­a. Ada yang datang kepada saya berkata, ‘you sekarang dah berhijab, kiranya you dah dapat hidayahlah kan’, saya kurang setuju dengan tanggapan sedemikian. Bagaimana kalau saya kata saya masih lagi mencari hidayah itu, sebab saya sendiri tak tahu bila saya dapat hidayah.”

Jaket labuh, Bottega Veneta

Gaun dengan perincian lipatan pada lengan dan but semuanya Hermes. Cincin, Atelier Swarovski.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.