ILHAM CANTIK

Sempat mencuba produk dan rawatan kecantikan terkini yang terdapat di pasaran sekarang. Jika anda inginkan kulit yang sihat, lembap dan berseri sepanjang hari, cuba dan rasai magisnya sendiri!

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

#Nanipicks

Laneige Water Bank Moisture Essence

KEISTIMEWA­AN: Dirumuskan daripada ekstrak daun lotus, air mineral yang diambil daripada tumbuhan dan antioksida, memberikan kelembapan sepanjang hari.

TEKSTUR: Ringan dan watery APLIKASI: Sapukan pada keseluruha­n wajah. Gunakan selepas penyegar sebelum serum atau pelembap. HASILNYA: Saya mempunyai kulit yang sangat kering terutama sekali kulit pada bahagian sekeliling bibir. Pada hari pertama mencubanya saya dapat melihat perubahan pada kulit. Ia tidak kering dan kelihatan lembap sepanjang hari.

My Clarins Re-Fresh Hydrating Beauty Mist

KEISTIMEWA­AN: Diformulak­an daripada air kelapa, ekstrak dan air bunga robinia, fig dan acerola seed yang memberikan kesegaran dan kelembapan pada kulit wajah. TEKSTUR: Watery

APLIKASI: Semburkan pada wajah. Bungkusan: Botolnya warna putih dan merah jambu memberikan imej yang fun dan muda. HASILNYA: Wajah segar serta merta, lembap selepas semburan. Ia juga sesuai dipakai sebelum bersolek.

Quadrostar ProYellow Laser

KEISTIMEWA­AN: Rawatan laser ini dapat merawat kulit berpigment­asi iaitu mengurangk­an melanin secara berkesan dari dalam,menghasilk­an kulit yang lebih berseri dan cerah. Tekstur kulit yang lebih halus dan menyeimban­gkan warna kulit agar sekata. PROSES RAWATAN: Laser ini tidak mengambil masa yang lama. Anda boleh melakukan laser ini ketika waktu rehat makan tengah hari. Tidak mempunyai sebarang kesan pada wajah selepas rawatan. KLINIK: One Doc Medical, Publika HASILNYA: Serta-merta saya dapat lihat wajah saya kelihatan berseri selepas selesai melakukan Laser ini. Tekstur kulit menjadi lembut dan licin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.