JURNAL CANTIK

Energi retro mengalir dalam tatarias dan dandanan untuk bintang Aquarius ini. Tasha Shilla berkongsi amalan cantiknya bersama EH!

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Berurut, Amalan Cantik Tasha Shilla!

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan selebriti untuk sentiasa kelihatan cantik dan segar setiap kali muncul dalam televisyen atau majlis tertentu. Berkesempa­tan untuk mengadakan sesi penggambar­an bersama pelakon Tasha Shilla, penulis sempat bertanya rahsia kecantikan dirinya.

Menurut Tasha, dia selalu mengamalka­n rawatan berurut. “Saya akan lakukan amalan berurut dua minggu sekali dan ia merupakan amalah turun temurun yang saya pelajari dari ibu saya. Ia membuatkan badan saya berasa segar dan perjalanan darah dalam badan akan berjalan lancar selepas berurut.”

Bagaimana rutin penjagaan wajah anda?

Saya kerap bersolek jadi penjagaan wajah amat penting supaya kulit sentiasa dalam keadaan lembap. Macam biasa saya akan memakai penyegar, pelembap dan krim tabir suria.

Penjagaan wajah waktu malam.

Saya sentiasa bersolek jadi saya akan tanggalkan solekan dengan tisu basah. Kemudian cuci wajah macam biasa, pakai serum dan krim malam.

Berapa kerap anda memakai pupur wajah?

Seminggu sekali.

Penjagaan makanan anda bagaimana. Ada mengamalka­n sebarang diet?

Saya makan semua benda cuma saya kurang makan nasi. Saya lebih kepada mi. Saya jenis yang kerap makan tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Setiap kali bersolek, apa yang selalu dititikber­atkan?

Asas solekan. Saya suka wajah yang dan kulit nampak sihat. Walaupun memakai solekan tetapi wajah kelihatan semula jadi.

Tiga alat solek yang sentiasa ada dalam beg tangan anda?

Pelembap bibir, pemerah pipi dan loose powder.

Pertama kali menggunaka­n alat solek?

Ketika umur saya 18 tahun.

Bagaimana anda menjaga rambut?

Saya memakai syampu, pelembap dan serum rambut. Paling penting saya pakai tonik rambut (pagi dan malam) untuk menguatkan kulit dan akar rambut.

Senaman yang kerap anda lakukan?

Joging. Sekiranya tidak ada penggambar­an saya akan lakukan setiap hari di waktu petang.

glowing

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.