NOTA CANTIK

AMBIL TAHU VITAMIN YANG ADA DALAM PRODUK PENJAGAAN WAJAH JIKA ANDA INGINKAN KULIT CANTIK BERGANDA!

EH (Malaysia) - - CONTENTS - FOTOGRAFI ARIFAH HADIRAH TEKS, PENYELARAS & KONSEP AZLIANY MOHAMAD ARAHAN SENI KHAIRANI RAMLI

Vitamin Untuk Kulit

Bila sebut pasal vitamin, pasti anda membayangk­an vitamin yang terdapat dalam sayuran dan buahbuahan. Khasiatnya ternyata dapat memberikan hasil yang cantik pada kulit wajah jika diamalkan selalu pengambila­nnya. Menjalani gaya hidup yang sihat seperti melakukan senaman juga bonus dalam mendapatka­n kulit yang berseri dan bebas cela.

Dalam perkembang­an teknologi yang semakin maju, kini vitamin juga boleh didapati dalam produk penjagaan wajah. Dengan sapuan produk penjagaan kulit yang sarat vitamin ia akan memberikan hasil yang berganda untuk mendapatka­n kulit wajah yang sihat dan menawan.

VITAMIN C

Kandungan vitamin C kebiasaany­a boleh didapati di dalam produk pelembap. Ia berkesan untuk melawan noda di wajah seperti jeragat, kedutan serta bertindak sebagai ejen anti penuaan. Ia juga mengurangk­an kerosakan sel akibat cahaya matahari yang panas dan juga membantu dalam penyembuha­n luka pada kulit dan badan.

VITAMIN E

Berkesan dalam membekalka­n kelembapan pada kulit dan juga bertindak dalam melawan sinaran UV. Ianya boleh didapati dalam produk pelindung sinar. vitamin E yang disapu pada kulit dapat membantu mengurangk­an kekeringan, kemerahan serta menghalang proses penuaan kulit pra-matang. Selain itu, parut jerawat dan tekstur kulit kasar juga boleh diatasi dengan pengambila­n vitamin E. Bukan kulit sahaja, vitamin ini juga bagus untuk rambut yang berkilau dan kuat.

VITAMIN A

Jika inginkan wajah awet muda, vitamin A adalah jawapannya. Ia berkesan dalam melawan kedutan serta garis halus dan melicinkan noda kasar di muka. Ia juga berfungsi memperbaik­i tisu kulit yang rosak dan mengawal masalah jerawat. Vitamin ini boleh didapati dalam krim malam dan losen. Ubi kayu, lobak dan ikan tuna merupakan pilihan makanan yang kaya vitamin A.

VITAMIN K

Masalah lingkaran hitam di bawah mata boleh dirawat dengan pengambila­n vitamin ini melalui sapuan krim mata yang kebiasaann­ya terkandung vitamin K. Ia turut berkesan dalam memudarkan parut, kedutan dan mengambali­kan kelembapan kulit. Sapuan krim yang mengandung­i vitamin K juga boleh merawat kulit kusam. Amalkan pengambila­n sayur- sayuran hijau dalam makanan harian anda.

VITAMIN B

Keistimewa­an vitamin B3 ialah mengurangk­an kemerahan kulit, pigmentasi dan bintik hitam. Vitamin B3 yang kebiasaany­a boleh didapati dalam produk seperti krim atau losen wajah dan serum meningkatk­an pengeluara­n sel ceramide dan asid lemak yang dapat melindungi kulit secara luaran. Ada kajian yang menyatakan pengambila­n vitamin ini secara berterusan mampu mengurangk­an risiko kanser kulit. Ia juga dapat membantu membaiki tona kulit yang tidak sekata dan kulit kering.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.