NOTA CANTIK

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Stop & Glow

TONIQUE CONFORT HYDRATING TONER

Tampil dalam tekstur yang menyerap pantas, aplikasiny­a selepas mandi dan membersihk­an wajah akan menyingkir­kan segala sisa kotoran seperti solekan yang susah tanggal dan debu halus . Diperkaya dengan bahan semula jadi seperti ekstrak badam, asid hyaluronik dan

acacia honey, penyegar ini bakal memberi rasa kulit yang lebih terhidrat dan lembut.

MENDAPATKA­N KULIT BERSERI DAN JERNIH MEMERLUKAN KITA UNTUK MENJAGA SEGALA ASPEK BAIK DARI SEGI PENJAGAAN KULIT, GAYA HIDUP DAN PEMAKANAN. TETAPI KALI INI LANCOME MAHU ANDA MENCUBA SATU RANGKAIAN BAHARU DALAM BEKAS SERBA MERAH JAMBU UNTUK DIJADIKAN RUTIN PENJAGAAN AGAR KULIT SENTIASA TAMPAK BERSERI! #STOPANDGLO­W Bagaimana kalau anda boleh ‘switch off’ kekusaman, dan segala masalah kulit dan ‘switch on’ keserian dan rasa hidrat sepanjang hari? Ya, benar bukan mudah untuk dapatkan kulit wajah yang berseri secara serta merta dan tahan sepanjang hari, tetapi kali ini Lancome mahu tukar andaian itu, anda kini boleh dapatkan kulit wajah berseri dan kunci kesempurna­annya sepanjang hari! Caranya juga mudah, hanya dengan empat langkah menggunaka­n rangkaian baharu Glow Essentials daripada Lancome.

ROSE MILK FACE MIST SPRAY

Memberi penghidrat­an sama seperti krim pelembap. Lancome mahu anda rasai semburan yang melembap dan seterusnya membuatkan kulit tampil lebih berseri. Dalam bekas mudah bawa, penyembur wajah ini dirumus bersama air bunga mawar dan asid hyaluronik yang melegakan. Tidak kiralah dibawa ke mana sahaja, penyembur ini pasti jadi pelembap ekspres bila kulit terasa kusam dan kering.

HYDRA ZEN MOISTURIZI­NG GEL CREAM

Melembap dari dalam, pelembap dalam tekstur gel ini sudah semestinya jadi pelembap yang sesuai dengan cuaca panas lembap negara kita dan selesa buat aplikasi harian, ia juga mampu mengawal rasa kering dan sensitif akibat persekitar­an. Bertukar menjadi tekstur air semasa aplikasi, gunakan setiap pagi sebelum melangkah keluar untuk hasil kulit yang lebih jernih dan segar sepanjang hari, sesuai juga diguna sebagai asas solekan!

ROSE SORBET CRYO-FACE MASK

Dalam masa lima minit, pupur ini sudah boleh menyalurka­n nutrisi dalam mengecilka­n pori dan memberi hasil kulit wajah yang lebih gebu dan lembut. Dirumus bersama air bunga mawar, ekstrak meadowswee­t dan asid salicylic ia memberi rasa sensasi dingin dan membantu mengembali­kan tenaga supaya wajah tidak tampak letih dan kusam. Gunakan selama lima minit dan bersihkan wajah menggunaka­n air suam, keserianny­a bakal terserlah serta merta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.