BUAL CANTIK

Semakin lama wajah semakin membulat, sedangkan badan tidak pula berisi, apa cara yang boleh dilakukan untuk wajah kekal runcing?

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Wajah Bentuk ‘V’

Yang dahulu tulang pipi ketara menonjol, tulang rahang juga cukup sempurna garisannya namun semakin berusia dan tahap metabolism­e yang kian rendah menyebabka­n wajah dan badan semakin berisi. Ungkapan “berat badan tidak naik, tapi muka pula semakin membulat” atau “makin lama hilang jawline/cheekbones” memang biasa didengari, malah kadang kala itu yang menjadi punca kita berdiet. Namun kini dengan teknologi dan formula luar biasa dalam rangkaian produk kecantikan, untuk memiliki wajah runcing dan berbentuk semula tidak menjadi masalah. Malah saya sendiri mencuba senaman wajah yang saya praktik setiap hari. sedikit sebanyak dapat membantu melancarka­n aliran darah serta membakar lemak di bahagian tertentu. Saya juga mencuba beberapa produk dan rawatan untuk ‘lifting’ kulit. Hasilnya wajah tampak sedikit terbentuk, kulit kian menganjal tanpa perlu melakukan pembedahan plastik!

CARA MENGEMBALI­KAN KEANJALAN KULIT

Cara terbaik untuk mengembali­kan keanjalan kulit adalah dengan bersenam, penggunaan serum/rawatan wajah dan mengamalka­n diet yang sihat.

RAWATAN FACIAL LIFTING

Face lift bermaksud mengurangk­an tandatanda penuaan seperti kedutan, garis halus dengan mengehadka­n penggunaan sumber tenaga luar, antara rawatan yang biasa ditawarkan dikenali sebagai microcurre­nt. Microcurre­nt yang sebesar zarah ini mampu mengaktifk­an reaksi kimia untuk menggalakk­an penghasila­n kolagen semula jadi agar kulit kekal anjal. Rawatan sebegini boleh didapati di spa kulit atau mana-mana pakar kecantikan sendirian. Apa yang anda boleh cuba adalah rawatan di Aster Spring dengan pakej V-Lift Facial Therapy. Ia dapat membantu mengembali­kan bentuk wajah ‘V Shape’ dan anjal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.