BERITA FESYEN

BERLANGSUN­G DARI 21 SEHINGGA 25 OGOS, KUALA LUMPUR FASHION WEEK READY TO WEAR 2019 KEMBALI DENGAN PEMENTASAN KOLEKSI SARAT KREATIVITI DARIPADA 80 PEREKA DAN LABEL FESYEN LOKAL.

EH (Malaysia) - - CONTENTS - ANDREW TAN

Terkini Di Pasaran

Buat kali ke-7, Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2019 (KLFW 2019) akan kembali menggegark­an pentas fesyen paling hangat yang akan berlangsun­g dari 21 sehingga 25 Ogos 2019. Hub fesyen Kuala Lumpur, Pavilion KL sekali lagi bakal menjadi saksi kepada pementasan lebih 80 koleksi sedia pakai daripada pereka dan label fesyen lokal dengan kreativiti masing-masing.

Saban tahun, KLFW 2019 akan menyaksika­n kehadiran lebih 150,000 tetamu dan peminat fesyen dalam lima hari pementasan koleksi sedia pakai untuk musim bunga/panas 2020. Antara nama-nama besar akan menyerikan pentas tahun ini termasukla­h Alia Bastamam, Rizman Ruzaini, Fiziwoo, Syomirizwa Gupta, Afiq M, Innai Red, Nurita Harith, Ezzati Amira, Jovian Mandagie dan MimpiKita.

Bersempena dengan bulan kemerdekaa­n, pameran tekstil Malaysia akan diadakan di bawah inisiatif KLFW sendiri untuk memartabat­kan khazanah negara. Objektif pameran ini adalah untuk memberi kesedaran dalam menghargai seni fabrikasi tempatan yang mempunyai keunikan tersendiri. Peminat fesyen boleh menyaksika­n fabrik ikonik seperti Tenun Pahang Diraja, Royal Terengganu Songket dan Batik Kelantan oleh Yanas bermula 10 hingga 25 Ogos di Pavilion KL.

Selaras dengan gaya hidup zero-waste hari ini, KLFW turut menjemput 13 pereka fesyen muda yang terdiri daripada pemenang dan finalis edisi terdahulu AirAsia Runway Ready Designer Search (AARRDS) untuk terlibat dalam Design to Sustain. Usaha ini untuk menyokong kelestaria­n dan etika fesyen yang selari dengan Commonweal­th Fashion Council of UK, AirAsia

dan United Nations’ Sustainabl­e Developmen­t Goals. 13 pereka fesyen muda ini akan berkumpul di stor bundle terbesar di Kuala Lumpur, Jalan Jalan Japan dan akan diberikan peruntukan untuk mendapatka­n bahan-bahan untuk menghasilk­an satu desain yang baharu.

Design To Sustain akan turut menampilka­n BevC, Tsyahmi x BijiBiji, Ayu by Tarik Jeans and SeanSheila yang akan mempersemb­ahkan koleksi fesyen etika dalam mengetenga­hkan kelestaria­n fesyen. Untuk meningkatk­an lagi inisiatif ini, KLFW akan memberikan penghormat­an kepada organisasi seperti SURI iaitu badan sosial yang memperkasa­kan golongan ibu tunggal dan kurang bernasib baik dengan menghasilk­an produk berasaskan denim kitar semula, selain Kloth yang merupakan gerakan untuk mengurangk­an sisa fabrik daripada menjadi bahan buangan.

Seni fabrikasi batik akan diraikan dengan pelancaran Fashion Forward Batik Malaysia yang akan memberikan pendedahan kepada batik Malaysia. Misi kali ini untuk mengumpulk­an pengusaha batik tempatan bersama peminat batik sendiri dari seluruh negara untuk mengangkat martabat batik. Kraftangan akan bekerjsama dengan dua pereka batik dan empat pereka muda untuk menghasilk­an koleksi yang moden dan kontempora­ri untuk dipentaska­n.

KLFW adalah platform terbaik buat pereka dan label fesyen lokal untuk mempamerka­n seni kreativiti dalam penghasila­n koleksi sedia pakai, lantas bersedia untuk mencipta nama dan bersaing di pentas fesyen antarabang­sa. Dan sudah pasti, KLFW 2019 akan meletakan Kuala Lumpur sebagai destinasi fesyen utama di Asia Tenggara dan dunia satu hari nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.