FAIL GAYA

Karakter easy-going gadis muda ini memikat hati sesiapa yang ingin mengenalin­ya. Model dan pelajar ini sangat obses dengan Bella Hadid.

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Jasmine Redzuan

Siapakah ikon pilihan anda?

Bella Hadid! Saya ingin jadi seperti dia. Punya personalit­i, stail tersendiri dan kehidupan serba lengkap.

Apakah persalinan sering digayakan?

Celana kargo, baju-t bersama kasut sniker. Saya sangat ringkas orangnya kerana personalit­i saya agak lasak dan lincah.

Bagaimana anda mencari sumber inspirasi untuk gaya harian?

Terdapat satu trend terkini digelar ‘Virtual Stylist’di laman Instagram iaitu setiap padanan gaya anda berlawan dengan latar belakang putih. Ramai selebriti muda seperti Madison Beer mendapat ilham dari situ.

Nasihat untuk kelihatan menarik di laman Instagram?

Jangan overthinki­ng, just post it! Sentiasa belajar dan mencari sudut menarik untuk mendapat gambar yang sempurna seperti OOTD di luar anda akan mendapat pencahayaa­n natural. Oh! and golden hour is your best friend!

Dalam gerobok baju anda penuh dengan ....

High-waisted for everything! Saya sukakan potongan pinggang tinggi kerana menampakka­n saya lebih langsing dan tinggi. Malah, potonganny­a terletak sempurna pada tubuh badan saya.

Dua perkataan yang melambangk­an diri anda...Flirty

and fun!

Apakah produk kecantikan pilihan anda?

Palmer’s. Ianya satu produk kecantikan ringkas tetapi sangat berguna. Sesuai dengan kulit badan saya. Selain itu, apa yang membuatkan saya tertarik dengan produk ini bau cocoa butter.

Warna pilihan anda?

Hitam dan merah. Dua warna ini apabila digabung tampak sangat sleek dan cool. Selain itu, mudah untuk disuai padan bersama aksesori, baik emas atau perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.