IDEA & IDEAL

Musim luruh 2019 menyaksika­n barisan jenama terkenal hadir dengan himpunan persalinan mood serba romantika! Tinggalkan monokrom, ayuh bergaya dengan palet baharu.

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Palet Romantik

Siapa sangka penyanyi pop kesayangan ramai, Ariana Grande dipilih sebagai wajah kempen terbaru Givenchy untuk musim luruh 2019. Momen high fashion Ariana semakin jelas berubah dari masa ke semasa. Sama seperti barisan musim luruh 2019 yang disuntik elemen lebih

fresh, splashy dan frosty! Warna merah hati seperti di pentas Oscar De La Renta cukup memikat hati malah sentuhan lebih feminin.

Gaya tipikal musim luruh tiada lagi kelihatan, setiap rekaan mahupun potongan diperbahar­ui dan punya elemen gabungan eklektik serba moden. Pemilihan kod warna tahun ini dilihat lebih matang dan pelbagai. Tiada lagi palet monokrom yang dibanggaka­n! Mood warna romantika cukup terserlah.

Sugar Brown

Pilhan rona coklat ini kelihatan cukup manis dan feminin kala berada di pentas peragaan. Sangat

attractive dan mudah dipadu padan dengan palet yang berbeza rona melintas di pentas Lanvin, Roksanda dan A.W.A.K.E

Pantone Olive

Hijau zaitun juga merupakan warna baru yang diketengah­kan oleh beberapa rumah fesyen terkenal seperti di Brandon Maxwell, Maison Rabih Kayrouz dan Richard Malone.

Alternatif merah

Masih dalam pantone merah. Rona merah coklat ini dianggap sebagai warna baru yang dicungkil untuk tahun 2019. Ilham sofistikas­i dan moden memeriahka­n pentas Coach, Richard Malone dan Zimmermann.

Emas metalik

Di luar zon selesa. Emas metalik turut menjadi kegilaan untuk musim luruh 2019. Jika tahun lepas perak metalik, tahun ini bertukar baton! Mood after party seperti di Michael Kors, Altuzarra dan Celine.

Dramatik Claret

Rona merah hati atau merah gelap highlight utama untuk musim luruh 2019. Rumah fesyen seperti Oscar de la Renta, Salvatore Ferragamo dan Tom Ford. Tampak klasik!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.