KENALI JENAMA

Selesa dan kasual! Jenama pakaian dalam mampu milik ini membuka tirainya di Malaysia buat pertama kali dan bertempat di Sunway Pyramid.

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Kasual 6ixty8ght

Jenama pakaian dalam 6IXTY8IGHT mula dilancarka­n pada tahun 2002 di Hong Kong oleh Erik Ryd, seorang usahawan Swedish yang cukup mahir dalam perniagaan pakaian dalam serantau Asia. Pada tahun 2006, jenama ini terus berkembang daripada hanya pengeluara­n hinggalah ke koleksi sedia pakai, helaian malam, loungewear dan aksesori. Sesuailah dengan visi 6IXTY8IGHT yang ingin menjadikan jenama ini sebagai satu stor gilaan wanita Asia!

Maksud disebalik 6IXTY8IGHT asalnya daripada numerologi Cina iaitu cara sebutan Kantonis yang membawa maksud yang sama iaitu ‘Forever Luck’. 6IXTY8IGHT adalah salah satu jenama lokal Asia berkembang dengan pantas dengan mempunyai lebih 160 buah butik seluruh China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Selatan Korea dan Singapura setakat ini.

Butik pertama di Malaysia yang terletak di pusat beli-belah Sunway Pyramid dengan keluasan butik 4,500 persegi yang diubah suai mengikut ilham ikonik jenama ini dalam rona merah jambu. 6IXTY8IGHT tampil bersama koleksi musim panas 2019 yang menjanjika­n sebuah himpunan menarik dan amat sesuai dengan pilihan wanita di Malaysia. Koleksi Ombre Lace menjadi highlight utama kerana ia hadir dengan pelbagai variasi dari segi pilihan fabrik, warna dan sesuai digayakan bersama dengan persalinan harian anda. lingerie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.