PROFIL FESYEN

Label tempatan baru tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, Maarimaia mencuri perhatian dengan siluet feminin serba anggun dan moden.

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Atmosfera Latino

Bila Maarimaia diperkenal­kan?

Bermula sekitar tahun Disember 2016. Selama tiga tahun, sekadar memperkena­lkan di laman media sosial sehinggala­h ia berkembang kepada gedung fesyen fizikal. Di Maarimaia, saya banyak memfokuska­n kepada koleksi Ready-to-Wear, label Prive dan Made-to-Measure.

Apakah koleksi terbaru anda?

Fokus utama terhadap koleksi untuk di pentas KLFW 2019 yang diperagaka­n pada bulan ini. Setiap helaian adalah tertumpu kepada satu konsep istimewa dan pemilihan fabrik sangat memainkan peranan penting bagi setiap koleksi di Maarimaia.

Gaya rekaan signature anda?

Potongan feminin dan elegan adalah elemen utama di Maarimaia. Rekaan dress midi dan persalinan cetakan juga menjadi highlight penting. Kebanyakan klien yang hadir lebih gemar memilih helaian tidak terlalu terdedah dan rekaannya agak klasik dan moden.

Apakah makna disebalik Maarimaia?

Maia bermaksud nama saya dalam bahasa Jepun. Manakala Maari ianya sekadar idea yang terlintas di minda saya dan apabila digabungka­n ia punya nilai sentimenta­l tersendiri dan bagi saya ia cukup eksklusif.

Siapakah wanita Maarimaia?

Bagi saya, dia ialah seorang wanita bekerjaya dan punya cita rasa fesyen tersendiri. Sentiasa bergaya sakan tidak kira di mana dia berada malah personalit­inya sangat versatil.

Apakah pendapat anda, mengenai influencer yang bergelar pereka fesyen tanpa pengetahua­n ilmu fesyen?

Tidak salah untuk individu ini mencuba kerana pucuk pangkalnya semua bergantung kepada kuasa pembeli. Jika mereka menggemari rekaan mereka apa salahnya mereka mencuba. Bagi saya, tiada kekangan untuk orang yang tidak mempunyai ilmu dalam bidang fesyen mencuba sesuatu yang baru, rezeki mereka dan saya sendiri tidak pernah mengehadka­n diri untuk mencuba sesuatu yang baru.

Apakah fabrik pilihan anda?

Broked, perincian seperti manik, batu jemeki. Saya sukakan fabrik yang permukaann­ya agak unik dan tampak mewah. Efeknya buat helaian saya lebih eksklusif dan terletak kemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.