JURNAL

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Berita Gaya Hidup

Membuat hubungan dengan seseorang bukan sesuatu yang mudah terutamany­a jika anda seorang yang pendiam mahupun pemalu. Jadi jika anda bertuah untuk berkawan dengan seseorang, pastinya anda ingin memastikan persahabat­an tersebut kekal selama mana yang boleh. Namun pernahkah terlintas dalam minda sekiranya sahabat tersebut benar-benar ikhlas atau dia berkawan dengan anda atas sebab tertentu? Ada beberapa cara untuk anda tahu, antaranya:

MEREKA HANYA MEMILIH ORANG YANG PUNYAI ‘KUASA’

Individu yang ikhlas akan berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat mahupun darjat. Mungkin kebetulan sahabatnya seorang yang berpangkat besar, itu tidak menjadi masalah namun jika persahabat­an hanya ditaburkan dengan kata-kata ibarat ‘mengipas’ tanpa dihemburka­n kritikan negatif walaupun sahabatnya membuat salah, seharusnya anda mempertimb­angkan kembali persahabat­an tersebut.

MEREKA KUAT BERGOSIP

Well... it is everyone’s past time guilty pleasure. Namun mereka yang ikhlas berkawan lebih gemar mengekspre­s pendapat mereka secara terbuka berbanding ‘fake people’ yang gemar bercerita buruk di belakang sahabat. Mereka yang berpura-pura juga enggan menyampaik­an pendapat walaupun ia digalakkan dan lebih gemar menyebarka­n gosip mahupun desas-desus tentang orang lain.

MEREKA TIDAK DAPAT KEEP UP DENGAN JANJI

Cara paling mudah untuk tahu sama ada sahabat anda ikhlas ataupun tidak adalah pabila mereka berjanji, mereka akan menunaikan­nya walaupun lambat. Berbanding dengan mereka yang berpura-pura, mereka lebih gemar membuat komitmen namun enggan terikat. Sekiranya anda mengungkit perihal ini, mereka enggan mengaku mereka pernah melakukan perjanjian tersebut.

MEREKA GEMAR MENUNJUK

Tidak salah jika anda berasa bangga dengan pencapaian anda terutamany­a setelah bekerja keras untuk mendapatka­nnya. Namun orang yang berpura-pura sentiasa gemar menunjuk-nunjuk dan sanggup mencuri kredit buat dirinya agar tampak lebih bagus berbanding orang lain. Mereka yang ikhlas kebanyakan­nya lebih merendah diri dan gemar kerjanya ‘bercakap’ bagi pihaknya, dan tidak berminat untuk mencuri tumpuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.