THE MUSIC RUN KEMBALI UNTUK TAHUN KEENAM

EH (Malaysia) - - YANG HANGAT -

Kembali sekali lagi buat kali keenam, The Music Run bakal berlangsun­g pada 23 November 2019 di Stadium Nasional KL Sports City dan menyaksika­n CIMB Group sebagai Presenting Partner baru. The Music Run turut dikenali sebagai ‘Asia’s fittest party’ menggabung­kan larian dan muzik yang mana peserta boleh memilih untuk berlari dalam acara 5km mahupun 10km dengan lebih 100 pembesar suara dipasang di sekeliling litar Sound Track. Larian ini diadakan buat kali pertama di Kuala Lumpur pada tahun 2014 dan berjaya menarik perhatian lebih 6,000 peserta malah ia juga disertai lebih 250,000 peserta di 35 acara di 13 negara seluruh dunia. Bagi yang berminat untuk menyertai larian ini, tiket sudah mula dijual di www.themusicru­n. com.my pada harga RM85.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.