CERITA CANTIK CIK MANGGIS

EH (Malaysia) - - BERITA CANTIK -

Maksud cantik bagi anda?

Orang yang bahagia. Bahagia menerima kekurangan diri dan sentiasa perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Perilaku dan sifat seseorang itu yang membawa mereka ke arah kecantikan sebenar.

Ikon cantik anda?

Margot Robbie.

Bagaimana anda menjaga kulit wajah?

Rutin saya hanyalah memakai produk yang sesuai. Saya mengambil berat tentang penggunaan esen wajah selepas sapuan penyegar bagi melindungi kulit daripada pencemaran, lebih-lebih lagi apabila di luar. Saya juga akan sentiasa memastikan muka dicuci bersih daripada solekan sebelum tidur malam.

Gaya potongan rambut yang ingin anda cuba?

Rasanya macam semua jenis gaya rambut Manggis pernah cuba (ketawa).

Adakah anda pernah melakukan sebarang rawatan wajah yang pelik?

Saya tidak pernah terfikir sampai ke situ. I may not as gorgeous as Megan Fox, but I love the way I look. I am unique in my own way.

Tip penjagaan rambut turun temurun yang anda pelajari dari ibu atau keluarga anda?

Lepas cuci tangan (selepas makan), sapukan air itu pada rambut, tip untuk rambut cepat panjang. Saya amalkan petua ini dari sekolah menengah sehingga kini.

Alat solek kegemaran anda?

Penyamar noda, pensel kening dalam bentuk gel, gincu nude dan maskara.

Berapa kerap anda membeli alat solek?

Jujurnya, saya sudah lama tidak membeli alat solek. Thanks to all brands yang selalu bagi hadiah kepada saya termasuk EH! I really appreciate your kindness and generosity!

Haruman kegemaran anda?

Chanel Mademoisel­le.

Senaman kegemaran anda?

Nothing is better and more fun than dancing!

SHISEIDO Waso Reset Cleanser Squad RM125 REVLON Photoready Candid Antioxidan­t Concealer RM39.90 BELIF Youth Creator Age Knockdown Water Essence RM268 (120ml) DIOR Rouge Dior Ultra Care Lipstick RM138

CHANEL GABRIELLE Chanel Hair Mist RM217 (40ml)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.