48 JAM BERSAMA YAYA ZAHIR DI PARIS

EH! ‘STALK’ YAYA ZAHIR SELAMA 48 JAM DIA BERADA DI IBU KOTA FESYEN DUNIA ITU.

EH (Malaysia) - - NOTA CANTIK -

Editor EH! merakam gaya Yaya Zahir kala kunjungann­ya ke kota Paris sempena pelancaran himpunan alat solek terbaru Noir Et Blanc De Chanel awal Julai lalu. Selama dua hari kembaranya di sana, Yaya memadankan helaian peribadiny­a bersama padanan istimewa dari Chanel.

HARI PERTAMA

Seawal jam 8 pagi Yaya sudah bersiap-siap untuk ke pelancaran himpunan mekap Chanel, dan tentu sekali teruja dapat bertemu Lucia Pica. Usai acara, Yaya dibawa melawat apartmen Coco Chanel yang terletak di sebelah butik Chanel di Rue Cambon.

Q&A BERSAMA YAYA ZAHIR

Tiga benda yang Yaya suka tentang Paris? Pastinya senibina di sana, makanan seperti pastri dan manisannya, saya juga sukakan stail orang di sana. Momen paling menarik di Paris? Keseluruha­n trip bersama Chanel terutama sekali bila berpeluang berkunjung ke apartmen Coco Chanel. Saya dapat belajar cara dia berfikir dan setiap sudut di rumahnya itu ada ceritanya sendiri. Saya rasa itu momen yang akan saya ingat kerana bukan mudah untuk mendapat peluang itu.

Tempat yang paling suka di Paris? Place Vendome. Saya suka senibina bangunan di kawasan ini dan ia satu

area yang menghubung­kan pelbagai lokasi menarik sekitar Paris.

Pendapat Yaya tentang koleksi mekap Chanel yang baru ini? Setiap satunya menarik dan dihasilkan dengan teliti. Saya cukup menghargai setiap hasil kerja yang mempunyai kisah di sebaliknya. I have so much respect for Lucia Pica.

HARI KEDUA

Sebaik siap disolek oleh Shiyo Joo, Yaya dibawa ke butik kecantikan terbaru Chanel di Champs Elysees. Yaya bertuah kerana menjadi yang terawal berkunjung ke sini kerana ia masih belum dibuka kepada orang awam. By invitation only! Tengahari itu Yaya berkunjung ke Pink Mamma, antara restoran di Paris yang selalu fully booked. Terletak di SaintGeorg­es, restoran ini punya tiga lantai yang ditata gaya dalam suasana berbeza setiap satunya.

Awal petang Yaya mengambil angin di sekitar Palais Royal sebelum pulang ke hotel bersalin pakaian dan menikmati makan malam di sekitar Bonne-Nouvelle.

Yaya mengenakan jumpsuit tweed Chanel bersama kemeja putih miliknya. Masih mengekalka­n gaya peribadiny­a yang ringkas, Yaya mengenakan sniker. Warna hijau jumpsuit ini pantas menangkap mata.

Di tangga menuju ke apartmen Coco Chanel.

Masa untuk bersiap! Pada hari pertama Yaya menyolek wajahnya sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.