SEJENAK BERSAMA ROBERT BUCHBAUER

Saya duduk 15 minit berbual bersama Ketua Pegawai Eksekutif Swarovski, Robert Buchbauer (Generasi Kelima Swarovski), berbicara tentang dunia Swarovski juga stail peribadiny­a.

EH (Malaysia) - - BERITA FESYEN -

Apakah pasaran baru yang ingin Swarovski kembangkan dalam waktu terdekat ini?

Setakat ini Swarovski sudah membuka stor di 170 buah negara di seluruh dunia dan saya melihat Asia Tenggara antara pasaran yang paling berpotensi ketika ini dan Malaysia adalah salah satunya. Kami mahu membuka lebih banyak stor di sana, dan dengan banyaknya pelan pembinaan pusat beli-belah kami mencari lokasi yang bersesuaia­n.

Bagaimana pula dengan China? Khabarnya ia menjadi pasaran terbesar Swarovski.

Ya, pasaran Swarovski di sana adalah yang terbesar. Ia berkembang antara 25 peratus ke 30 peratus.

Membesar dalam keluarga yang bergeluman­g dengan kristal, boleh ceritakan jika ada memori menarik sewaktu kecil yang berhubung kait dengan kristal Swarovski?

Banyak, tapi yang saya ingat sewaktu saya berusia lima tahun, nenek saya pernah bawa saya ke gudang Swarovski di sini (Innsbruck). Walaupun dia tidak punya jawatan besar di Swarovski tapi dia salah seorang pemegang saham di sini. Satu hari bila melintasi pintu utama gudang, saya ternampak banyak kotak berisi sisa kristal yang mahu dikitar semula. Saya dan sepupu saya ambil dua genggam sisa kristal itu dan masukkan ke dalam poket seluar. Kami akan gunakan kristal sebagai bahan mainan seperti untuk permainan cari harta karun mahupun playing pirate.

Pernah atau tidak terfikir bahawa Swarovski adalah pesaing kepada klien atau rakan niaga kamu sendiri, memandangk­an Swarovski juga menjadi pembekal kristal kepada sebahagian jenama terkenal.

Pada awal perancanga­n mahu melancarka­n himpunan aksesori sendiri ada juga berlakunya pertikaian dalaman. Tapi saya percaya bahawa ia tidak akan membawa masalah besar kerana waktu itu sebahagian rakan niaga kami adalah mereka yang menghasilk­an aksesori berinspira­sikan aksesori mewah (fine jewelry). Mereka meniru rekaan jenama mewah, bezanya mereka menggunaka­n kristal bukannya berlian. Bila kami lancarkan himpunan aksesori kami sendiri, rekaannya berbeza dengan yang ada di pasaran. Kami buat koleksi sendiri tanpa menceduk rekaan jenama lain sebagai inspirasi. Rekaan kami sangat fesyen dan secara tidak langsung kami cipta industri aksesori kami sendiri. Lama-kelamaan kritikan tentang tindakan kami menghasilk­an aksesori sendiri hilang begitu saja.

Ceritakan tentang sedikit tentang koleksi jam Swarovski?

Bila menghasilk­an jam kami tidak menerima sebarang tentangan (ketawa). Mulanya sekadar suka-suka. Hinggalah satu tahap kami membuat keputusan untuk lebih serius. Kami mula melantik mereka yang pakar dalam pembuatan jam untuk bekerja dengan Swarovski. Kami mula menyertai Baselworld (trade show) pada tahun 2009 selama 10 tahun sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerana saya melihat cabaran dunia jam tangan hari ini sudah berbeza dan saya lihat ada peluang yang lebih besar. Perniagaan jam tangan kami bermula dengan nilai US$50 juta dan kini sudah mencecah US$200 juta.

Bagaimana pula Swarovski mahu mendekati pembeli muda?

Selain rekaannya perlu memenuhi selera orang muda, saya juga percaya cara kita berinterak­si dengan pembeli hari ini juga harus berubah. Tidak hanya tertumpu kepada tradisiona­l media mahupun penggunaan model untuk kempenkemp­en kami, hari ini kita lihat banyak medium yang boleh dimanfaatk­an. Kita berinterak­si menggunaka­n real people,

real life. Lagipun dalam dunia hari ini tiada siapa yang mahu menjadi tua kan? Jadi rekaan dan strategi juga perlu ‘muda’.

Okey, boleh kongsikan berapa banyak aksesori Swarovski yang ada dalam koleksi kamu?

Menarik soalan ini. Saya ada 15 utas jam tangan Swarovski, dan tiga daripadany­a dibuat khas untuk saya. Rekaannya sama seperti yang ada dalam himpunan kami tapi dihasilkan menggunaka­n emas 18 karat. Aksesori lain ada dalam 50 yang selalu saya tukar setiap hari. Saya juga mempunyai item dekorasi Swarovski yang akan saya tukar-tukar penataan gayanya di rumah mengikut musim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.