ADVENTURE INTO THE WILD BERSAMA CLUB MED CHERATING

Inginkan percutian yang serba serbi lengkap tanpa perlu anda memikirkan aktiviti seterusnya? Intip penginapan di Club Med Cherating yang punya elemen unik untuk dicuba.

EH (Malaysia) - - JURNAL -

Setiap kali membuat pelan percutian, pastinya kita akan memikirkan tempat penginapan, selain pengangkut­an, makanan dan aktiviti-aktiviti untuk dilakukan agar masa dapat diluangkan dengan lebih baik. Hadir Club Med yang terkenal sebagai destinasi percutian serba lengkap khas untuk tetamu mereka tidak mengira usia.

Club Med Cherating yang terletak tiga jam dari Kuala Lumpur menawarkan pengalaman percutian cukup indah. Ia terletak di dalam hutan bersebelah­an pantai yang berhadapan dengan Laut Cina Selatan, resort mesra alam ini kini hadir dengan aktiviti Adventure Into The Wild. Aktiviti seperti Tree Top Challenge, Kayak Armada, Rock Climbing, Beach Bootcamp serta GoPro Workshop sesuai sekali buat individu yang lebih gemar aktiviti mencabar diri.

Bagi mereka yang inginkan aktiviti lebih santai, anda boleh mencuba Dance in the Jungle iaitu senaman 60 minit bersama penari antarabang­sa, Adelene Stanley. Hadir juga senaman Yoga bersama duta Lululemon, Sheranne Wong untuk Healing Yoga serta Forest Yoga bersama Dawn Sim, pengasas Trium Fitness. Lengkapkan hari dengan menyertai Massage Classes yang mana tetamu berpeluang untuk belajar teknik mengurut di tepi pantai serta Picnic by the Beach sesuai sekali untuk family bonding.

Sebagai salah satu resort mesra alam, Club Med Cherating turut bekerjasam­a dengan Lush dalam menyampaik­an mesej tentang alam sekitar selain memberi peluang kepada tetamu untuk membuat bath bomb di Bath Bomb Workshop sendiri yang mana mereka boleh membawa pulang hasil kraf tangan mereka. Malah, tetamu juga berpeluang untuk melihat sendiri penyu di Cherating Turtle Santuary yang mana mereka dapat mempelajar­i kepentinga­n untuk menjaga alam sekitar agar penyu dapat hidup di laut yang bersih dan tidak tercemar.

Club Med Cherating Beach merupakan Club Med Resort pertama di Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.