20 MINIT BERSAMA NATHALIE COLIN Apakah visi kamu untuk Swarovski?

EH (Malaysia) - - BERITA FESYEN -

Seronok duduk berbual dengan Pengarah Kreatif Swarovski, Nathalie Colin. Dia ramah menjawab setiap soalan saya. Mula mereka untuk Swarovski sejak tahun 2006, saya melihat Nathalie tahu bagaimana mahu membeli jiwa peminat setia Swarovski dan bagaimana mahu menangkap selera kelompok pembeli milenial. Saya mahu setiap apa yang saya hasilkan bersama Swarovski memberi keyakinan dan kuasa kepada sesiapa yang menggayaka­nnya khususnya wanita. Saya mahu mereka berasa gembira.

Dari mana dan bagaimana kamu mendapat inspirasi?

Terlalu banyak, selalunya menerusi filem, muzik yang saya dengar, melancong dan juga muzium. Saya selalu berfikir dan membayangk­an apa yang Daniel (pengasas Swarovski) akan lakukan jika dia masih ada hari ini. Saya juga terinspira­si dengan pasukan saya sendiri dan semestinya pengalaman bertemu dengan pelbagai orang yang mempunyai latar belakang juga budaya yang berbeza.

Apakah kunci trend aksesori Swarovski musim ini?

Untuk musim ini saya terinspira­si dengan northern lights di Iceland. Bagi saya selain kilauan cahaya pada aksesori, saya juga mahu sesiapa yang menggayaka­nnya ‘keluarkan’ cahaya dari dalam diri mereka sendiri. Jika dilihat pada bentuknya pula, musim ini rantai dempak membuat kemunculan semula. Untuk anting-anting pula rekaannya lebih kepada gaya asimetrika­l. Musim ini juga kami banyak bermain dengan simbol, bermacam-macam yang boleh dipilih berpanduka­n cita rasa kamu sendiri.

Bagaimana kamu melihat pasaran Swarovski hari ini?

Swarovski tentunya salah satu jenama aksesori terbesar di dunia. Swarovski pada saya sangat glamor dan punya DNA yang cukup kuat di pasaran. Rekaannya menyeluruh, sesuai apa saja acara dan boleh digayakan hari-hari.

Dari segi rekaan, bagaimana kamu mahu menangkap selera generasi muda?

Saya banyak mencipta aksesori yang bersifat versatil, yang boleh diubahubah gaya memakainya. Saya juga banyak bermain dengan simbol yang seiring dengan selera kelompok milenial, simbol yang fun and cool. Cara kami berinterak­si dengan pembeli juga banyak mengikut trend masa kini, terus kepada pembeli seperti menerusi media sosial.

Boleh kongsikan tip penggayaan aksesori dengan pembaca EH!?

Paling mudah dan memberi impak ialah dengan memakai rantai berlapisla­pis. Pilih rantai yang bukan sahaja loket berbeza motif, gayakan juga yang berbeza saiz dan labuh rantainya. Macam saya sebut tadi, beranikan diri memakai anting-anting berlainan bentuk, kiri dan kanan berbeza. Gayakan cincin dempak untuk statement gaya yang menjerit. Paling utama bila menyuai padan aksesori, tetapkan satu warna utama kemudian barulah kamu pilih warna kedua dan ketiga yang sepadan dengan warna utama tadi.

Apakah satu aksesori yang selalu kamu gayakan setiap hari?

Rantai! Kerana rantai dekat dengan wajah kita, ia akan menarik pandangan orang dan ia juga boleh jadi penyeri kepada wajah. Ia bagaikan cahaya.

Siapakah ikon stail kamu?

Diane Vreeland. Jika yang muda saya suka melihat Rihanna dan Dua Lipa.

Apakah nasihat kamu kepada pereka muda?

Ikut kata hati kamu, kamu mungkin akan keliru dan gagal jika terlalu banyak mendengar cakap orang. Pilih rakan niaga yang bagus dan kelilingi diri kamu dengan orang-orang yang positif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.