#THROWBACK

EH (Malaysia) - - JURNAL -

26 SEPTEMBER 1975

Tayangan filem The Rocky Horror Picture Show di California yang diarahkan oleh Jim Sharman. Filem ini dibintangi oleh Tim Curry, Susan Sarandon serta Barry Bostwick tidak mendapat sambutan namun menjadi cult classic di kalangan peminat.

14 SEPTEMBER 1982

Grace Kelly meninggal dunia di Monaco Hospital akibat kecederaan yang dialami selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada usia 52 tahun.

13 SEPTEMBER 2000

Filem Almost Famous yang dibintangi oleh Kate Hudson ditayangka­n. Walaupun tidak mendapat sambutan, filem ini menerima empat pencalonan Anugerah Akademi dan berjaya menang Best Original Screenplay.

23 SEPTEMBER 2003

Album Speakerbox­xx/ The Love Below oleh Outkast dilancarka­n sebagai double album. Single daripada album ini termasuk ‘Hey Ya!’ dan ‘The Way You Move’ berjaya mendapat tempat pertama dalam carta US Billboard Hot 100.

18 SEPTEMBER 2004

Britney Spears mengadakan majlis perkahwina­n dengan Kevin Federline di sebuah majlis tertutup dengan hanya 20 hingga 30 orang tetamu hadiri. Melalui perkahwina­n ini, dia dikurniaka­n dua anak lelaki Sean Preston dan Jayden

James.

24 SEPTEMBER 2007

Tayangan episod pertama The Big Bang Theory ciptaan Chuck Lorre dan Bill Prady. Siri ini menerima 216 pencalonan di anugerahan­ugerah besar dan telah memenangi 56 anugerah.

19 SEPTEMBER 2008

Sebuah jet Learjet 60 terhempas ketika berlepas yang membawa enam individu termasuk pemain drum blink-182, Travis Barker dan DJ AM. Hanya mereka berdua terselamat namun mengalami kecederaan teruk termasuk luka terbakar darjah ketiga, malah Travis perlu melalui 16 pembedahan untuk kembali pulih.

13 SEPTEMBER 2009

Kanye West meluru ke pentas selepas Taylor Swift diumumkan sebagai pemenang Best Female Video di MTV Video Music Awards. Dia meluahkan rasa tidak puas hati dengan mengatakan bahawa Beyonce lebih layak.

12 SEPTEMBER 2012

Album North oleh Matchbox Twenty akhirnya mendapat tempat pertama di carta Billboard 200 dalam masa 16 tahun karier mereka. Album keempat mereka ini dijual sebanyak 95,000 unit pada minggu pertama.

26 SEPTEMBER 2012

Album keenam Pink, The Truth About Love mendapat tempat pertama di carta Billboard 200, buat kali pertama bagi penyanyi ini. Ia juga mendapat tempat pertama di Australia, Canada, Jerman, New Zealand serta Sweden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.