’S LET GET LOUD

EH (Malaysia) - - JURNAL -

Jam tepat menunjukka­n 7 malam, Anugerah Stail EH! 2019 mula dikemuruni tetamu istimewa yang mula memenuhi ruang luar Diamond Ballroom, EQ Kuala Lumpur. Photo wall yang disediakan dipenuhi dengan jurugambar-jurugambar yang bersiap sedia untuk merakam wajah-wajah yang hadir, malah kerlipan lensa juga tidak terhenti di ruang temubual H Live. Yaya Zahir dan Isha Norisham selaku hos utama berjaya mengemudi anugerah ini dengan jayanya.

Anugerah Stail EH! dimeriahka­n dengan empat persembaha­n daripada empat penyanyi terkenal tanah air termasuk opening act oleh Datin Alyah yang mendendang­kan medley Meluruh, Bad Romance, Just Dance dan Poker Face. Pemenang Selebriti Harapan Pilihan, Khai Bahar turut mendendang­kan lagu #123 manakala Ayda Jebat yang berjaya merangkul anugerah Video Muzik Paling Stylish turut menggegark­an pentas dengan persembaha­n hebat lagu Temberang. Zizi Kirana yang diangkat sebagai Selebriti Wanita Seksi menutup tirai majlis dengan lagu terkininya, Mintak Lagi.

Bagi memeriahka­n lagi majlis, kami menjemput figura ternama dalam dunia fesyen dan kecantikan selain selebriti-selebriti tempatan bagi menyampaik­an anugerah kepada pemenang-pemenang. Pengacara Daniel O’Neil dan Shalma Ainaa digandingk­an untuk menyampaik­an anugerah pertama, pendandan rambut selebriti Miedy Daniel bersama model Nia Atasha, jurusolek selebriti Emmy Agung dengan pelakon filem Paskal, Jasmine Suraya, new IT couple Sweet Qismina dan Adam Lee, pelakon Nadia Brian bersama Eleena Sui dan diakhiri trio kegemaran ramai, De Fam.

Daniel O’Neil & Shalma Ainaa

Datuk Rizalman

Khir Khalid

Sweet Qismina, Adam Lee & pemenang Model Pilihan, Malek McCrone

Neelofa

Sherry Al-Hadad

Ckay Liow

Hael Husaini menang Selebriti Pencapaian Terbaik

Scha Alyahya pemenang anugerah keseluruha­n Anugerah Stail EH! 2019

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.