ANUGERAH STAIL EH! & SELEBRITI WANITA PALING BERGAYA – SCHA ALYAHYA

EH (Malaysia) - - JURNAL -

“SAYA SELALU TEKANKAN, LESS IS MORE. SIMPLICITY IS THE BEST POLICY FOR EVERYONE.”

Ramai bersetuju bila mana EH! sebulat suara memilih wanita berusia 36 tahun ini sebagai penerima Anugerah Stail EH! 2019. Dan pastinya dengan kemenangan kali kedua sebagai Selebriti Wanita Paling Bergaya, tiada siapa boleh nafikan bahawa Scha Alyahya antara figura yang cukup stylish dalam arena fesyen Malaysia, sebaris dengan ikon fesyen sebelum ini, Camelia misalnya. Malah Scha juga sudah beberapa kali dipilih menjadi wajah kepada kempen fesyen pereka lokal seperti Datuk Rizalman Ibrahim. Malah dia juga terlibat dengan kolaborasi fesyen label lokal seperti Christy Ng juga tiga tahun dahulu menjadi salah seorang pereka untuk kolaborasi EH! x Fashion Valet. Hari ini Scha juga sering menjadi pilihan banyak jenama fesyen antarabang­sa untuk menghadiri acara juga pertunjuka­n mereka sempena minggu fesyen.

Satu yang harus diakui, Scha sangat bijak memilih apa yang sesuai dengannya. Gayanya ke hadapan namun tidak canggung atau nampak pelik. Dia membawa stailnya sendiri. Sarungkanl­ah apa saja, dia nampak cantik. Kelebihann­ya itu juga diakui oleh Datuk Rizalman. Jurusolek terkenal, Khir Khalid pula menggelark­an Scha sebagai (penyangkut baju), gantunglah apa saja baju, semuanya cantik. Bila dikhabarka­n tentang itu, balas Scha, “oh dear rasa sangat terharu bila ramai yang memberi komen begitu. Bagi saya, there are moments yang saya rasa tak yakin juga but I always remind myself, to always enjoy experiment­ing. Dari situ I get to learn a lot apa yang sesuai dan apa yang kurang sesuai dengan saya bila berfesyen.”

Bila ditanya tentang bagaimana mahu jadi stylish dan apa yang membuatkan seseorang itu stylish, jawab Scha, “stail itu sangat subjektif. Being stylish is when you’re comfortabl­e in your own skin. Bagaimana anda membawa diri pabila dikeliling­i orang dan bagaimana anda menyuaikan diri dengan komuniti. Stail itu bukanlah tentang memakai koleksi baru atau tampil dalam helaian atau aksesori paling trendy mahupun menjinjing tas tangan eksotik, tetapi bagaimana kita mencipta keyakinan berdasarka­n pemakaian kita yang selesa, dan tampak ‘effortless’. The idea of you’re wearing the clothes not the clothes wearing you adalah sesuatu yang selalu orang terlupa. Saya tak pernah plan bagaimana untuk bergaya, but it came out naturally when I think about comfort and practicali­ty. I think thats when ‘style’ timbul, bila kita yakin dengan diri kita sendiri.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.