KONSERT INSPIRASI AFGAN 2019

EH (Malaysia) - - YANG HANGAT -

Penyanyi dari Indonesia, Afgansyah Reza atau lebih terkenal sebagai Afgan bakal mengadakan konsertnya untuk kali yang ketiga di Kuala Lumpur. Konsert Inspirasi – Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 bakal bertemu peminat pada 5 Oktober 2019 pada jam 8.30 malam bertempat di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur. Tetamu istimewa yang bakal memeriahka­n konsert ini adalah penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid yang juga merupakan idola kepada Afgan. Tiket boleh didapati di proticket.com.my pada harga RM299 (Silver), RM399 (Gold), RM599 (VIP) dan RM1,200 (Royal Box).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.