SEJENAK BERSAMA... Apakah tiga produk Shu Uemura paling kamu suka?

EH (Malaysia) - - BERITA CANTIK -

Editor EH!, Khairul Abidin menemubual Uchiide Kakuyasu, Pengarah Artistik Antarabang­sa Shu Uemura yang terbang ke Kuala Lumpur untuk penggambar­an istimewa Rouge Unlimited Amplified yang menampilka­n wajah-wajah

influencer kecantikan Malaysia.

Mengapa memilih Malaysia untuk merakamkan gambar untuk kempen istimewa ini?

Shu Uemura asalnya dari Tokyo dan kemudianny­a menjadi satu jenama yang cukup dikenali seantero dunia. Biarpun sudah menjadi label antarabang­sa, jiwa Asianya masih kental. Jadi satu tanggungja­wab untuk kami menghargai kecantikan Asia sendiri. Kuala Lumpur saya lihat sebagai satu destinasi yang berbilang kaum, punya variasi budaya. Ia juga destinasi terbaik di Asia bila kita bercakap tentang kepelbagai­an (diversity). Amplified dicipta sebagai satu ekspresi kecantikan, semua orang boleh berseronok dengan pilihan warna daripada rangkaian ini. Ia adalah medium komunikasi menerusi alat solek.

Ceritakan tentang himpunan Rouge Unlimited Amplified

Ia dicipta untuk mengekpres­i kecantikan tanpa mengira sesiapa pun kamu. Saya tidak suka bila ada yang menentukan orang Eropah perlu bersolek begini, Asia pula begitu. Saya tak suka stereotaip. Saya mahu sesiapa saja bebas mengekspre­si kecantikan mereka secara individual.

Apa yang menariknya tentang koleksi Amplified?

Formulanya. Asasnya juga lebih pigmen. Palet warna dalam himpunan ini juga bertambah. Dalam fesyen ada masa trendnya monoton, tapi dalam mekap kamu bebas bersolek, bermain warna. Istimewany­a koleksi Amplified ini memberi kebebasan permainan warna tanpa mengira ton kulit, apa jua personalit­i dan latar belakang kamu. Ia punya enam tekstur berbeza dan semuanya ada 150 warna. Mekap adalah ekspresi diri. Bila warna yang kamu pilih membuat kamu gembira, itulah warna untuk kamu. Bungkusann­ya juga lebih sleek dalam warna hitam.

Boleh kongsikan tip menjaga dan merias bibir?

Untuk sapuan gincu yang menyerlah, tekstur bibir kenalah licin. Dengan jari, bersihkan bibir menggunaka­n cleansing oil. Selepas itu semburkan penyembur muka (face mist) pada tisu dan lapkan pada bibir. Kemudian, sapukan pelembap bibir. Bila bersolek, jika fokus kamu adalah bibir, jadi mulakan dengan merias bibir kemudian barulah pergi ke bahagian mata dan pipi. Dengan ini kamu akan lebih mudah memilih warna dan amaun yang sesuai pada mata dan pipi.

Saya gunakan Ultime8 Cleansing Oil. Orang selalu kata saya nampak lebih muda dari usia sebenar saya, jadi rasanya inilah rahsianya. Kedua, saya suka berus solekan saya terutamany­a berus nombor 10. Mr Shu Uemura lebih senang menggunaka­n jari bila menyolek lalu dia mencipta berus yang sama saiz dengan jemarinya. Ketiga saya suka foundation brush, ia ada 18900 bristles.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.