BIANCA BRANDOLINI SEBAGAI DUTA ESTEE LAUDER RE-NUTRIV

EH (Malaysia) - - BERITA CANTIK -

Muse Fesyen kelahiran Perancis, Bianca Brandolini d’Adda akan muncul di dalam kempen digital terbaru Re-Nutriv “Live a Life of Extraordin­ary Beauty” yang akan dilancarka­n pada September ini. “Saya cukup teruja dengan kehadiran Bianca sebagai duta global Re-Nutriv,” kata Presiden Jenama Global Estee Lauder, Stephane de la Faverie. “Bianca mempunyai minat yang mendalam pada seni, kembara, stail dan kecantikan, menjadikan dia duta yang sempurna buat rangkaian penjagaan kulit mewah ini.” Malah Bianca juga berkongsi rasa bangga dipilih untuk mewakili Re-Nutriv, dan tidak sabar untuk berkongsi lebih lanjut tentang rangkaian ini kepada wanita di seluruh dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.