BUAL CANTIK

Kuku ‘Halal’

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Jika pengilat kuku pilihan anda mempunyai label ‘Halal’ dan ‘Water Permiable’ itu tandanya anda boleh memakainya untuk bersolat tetapi ada cara dan peraturann­ya. Ada sesetengah jenama telah siap memberi panduan pemakaian pengilat kuku ‘water permiable’ ini. Yang mana indikasi seperti maksimum satu atau dua lapisan saja untuk air meresap ke dalam kuku. Lebih dari itu akan menyukarka­n penyerapan air ke dalam kuku lantas ia tidak sah untuk dibawa solat. Malah ia tidak boleh dipakai dengan ‘base coat’ dan ‘top coat’ juga. Namun untuk pilihan selamat adalah lebih baik pengilat kuku halal yang ingin dibeli diuji terlebih dahulu akan penyerapan air pada kuku.

Apabila pengilat kuku hadir dengan formula meresap air, adakah ia memberi kesahihan ia mesra wudhu dan sah dibawa solat? Ayuh ketahui jawapannya!

Orly Jenama dari Amerika Syarikat ini disahkan halal oleh USA Halal Chamber of Commerce. Hadir dengan formula ‘Water Permeable’ dan bahan-bahan halalnya selamat untuk orang muslim menggayaka­nnya. Tapi perlu diingat Orly menegaskan hanya dua lapisan pengilat kuku boleh disapu untuk air meresap sempurna. RM74.50 Kilat oleh So.Lek Jenama kosmetik kebanggan lokal ini cukup terkenal dengan produk kosmetik yang hadir dengan bahan-bahan halal. Malah Kilat, pengilat kuku yang dihasilkan ini mudah ditanggal tanpa perlu menggunaka­n pencuci. Anda hanya boleh kupas lapisan pengilat kuku ini bila-bila masa saja. Zahara Pengilat kuku buatan Perancis ini hadir dengan formula ‘breathable’ yang mana ia membolehka­n kuku bernafas dan menyerap air. Membolehka­n anda berwudhu seperti biasa malah kuku juga menjadi lebih kuat dan sihat.

#izzatisays

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.