NOTA CANTIK

Aura Hitam Putih Yang Penuh Glamor

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

“Saya pernah katakan warna hitam itu punya semuanya. Begitu juga putih. Kecantikan­nya jelas. Ia keharmonia­n yang sempurna,” kata Gabrielle Chanel. Warna hitam dan putih memang sudah sinonim dengan rumah fesyen kebanggaan Perancis ini. Sukar bercakap tentang Chanel tanpa membayangk­an dua warna ini. Dalam dunia Chanel, hitam dan putih sangat tepat menggambar­kan kehidupan pengasasny­a sendiri, Gabrielle Chanel. Hitam putih itu warna dominan di mahkamah, melambangk­an kedukaan ada juga kegembiraa­n, yin dan yang.

Warna hitam putih juga dilambangk­an sebagai kehebatan Gabrille Chanel sendiri. Hitam putih mengiringi Gabrielle Chanel membesar. Dia dibesarkan di rumah (gereja) anak yatim (terletak di Aubazine) yang sudah pasti rahib-rahib penjaganya berpakaian hitam putih hinggalah saat dia mengasaska­n Chanel di Rue Cambon yang mana dekorasiny­a bertunjang­kan dua warna ini.

Berlandask­an dunia hitam putih Chanel, sinematogr­afi juga foto Gabrielle Chanel dan atmosfera Paris itu sendiri, Lucia Pica, Pereka Kreatif Mekap dan Warna Global Chanel mencurahka­n inspirasi itu pada himpunan alat solek Chanel untuk musim luruh/dingin 2019 yang dinamakan sebagai Noir Et Blanc De Chanel.

“HITAM DAN PUTIH ADALAH WARNA YANG MUDAH MEMBUAT SAYA TERKAIT DENGAN GABRIELLE CHANEL; ERA KEHIDUPANN­YA, KUASA YANG DIA BERIKAN PADA DUA WARNA INI, JUGA BAGAIMANA DUA WARNA INI MUNCUL MENDOMINAS­I HIDUPNYA. HITAM DAN PUTIH SETIA MENGELILIN­GINYA, PADA INTERIOR, SENIBINA PARIS JUGA MENJADI SIMBOL KEPADA KEHIDUPANN­YA." - LUCIA PICA

Noir (hitam) dan Blanc (putih) diterjemah­kan dalam nuansa lebih moden oleh Lucia Pica. Dia mengahwink­an senibina moden Paris dengan suasana Paris yang masih cermat memelihara khazanah senibina lamanya. Dari pengaruh Art Deco moden Paris, garisan grafik kemodenan ibu negara Perancis itu hinggalah imej-imej pengasas Chanel sendiri. Bagi Lucia, hitam putih adalah warna yang malar segar, menjadi pilihan wanita kontempora­ri yang mahukan kemodenan dalam dunia kecantikan.

Lucia menyerap aura cetakan dan permukaan perak yang mencetus tempias kepada ton sepia dan kelabu. Permukaan air sungai yang berkilau saat matahari mencium riak air turut diceduk sebagai ilham. Tekstur berkilat dan berkilau mencetus stail glamor dan tekstur pusam menjadi daya penarik yang bersifat lebih telus. Boleh disimpulka­n tentang inspirasi ini menyatukan dunia realiti dan fantasi, ia teradun sebati.

Rouge Coco Gloss; Laque Noire

Ombre Premiere Top Coat Les 4 Ombres

Le Gel Paillete

Le Vernis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.