ILHAM CANTIK

#Nanipicks

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Antara produk yang hangat diperkatak­an oleh penggemar kecantikan tahun ini yang sempat saya cuba sendiri. Anda juga patut cuba dan rasai keberkesan­annya.

Chanel Les Beiges Eau de Teint ( Water-Fresh Tint) RM264

KEISTIMEWA­AN: Bedak asas ini selain dapat memberikan kulit wajah yang berseri, ia juga memberikan kelembapan pada kulit agar tidak kering. Kulit tampak segar selepas memakainya. TEKSTUR: Ringan dan cecair. APLIKASI: Ia licin dan mudah disapukan pada wajah. HASILNYA: Ketika memakai produk ini, wajah serta-merta berasa segar. Tidak terlalu berat teksturnya ia membuatkan sapuan bedak asas kelihatan semula jadi. Ia sesuai dengan suasana cuaca Malaysia yang panas lembap kerana ia tidak memberikan kesan comot ketika berpeluh. Sesuai untuk yang mahukan solekan effortless flawless.

Sunday Riley Ceramic Slip Cleanser

KEISTIMEWA­AN: Ia mengandung­i lumpur hijau, bentonite dan kaolin putih yang membersihk­an liang pori tanpa menghilang­kan kelembapan pada kulit. Manakala ‘rice dan olive oil esters’ membantu untuk menyeimban­gkan dan melembutka­n tekstur kulit sensitif agar kelihatan sihat dan berseri. TEKSTUR: Lembut, ringan dan lembut pada kulit.

APLIKASI: Letakkan sebesar saiz duit 50 sen pada tapak tangan, kemudian gosok dan urut pada wajah. Bilas sehingga bersih. HASILNYA: Selalunya selepas mencuci wajah kulit akan berasa tegang dan kering. Ketika saya mencuba produk ini, kulit saya berasa lembap, lembut dan anjal. Saya cadangkan pada siapa yang mempunyai kulit kering sesuai untuk memakai pencuci wajah ini. Ia dapat melindungi tahap kelembapan kulit agar sentiasa terhidrat.

Urban Decay Stay Naked Weightless Liquid Foundation RM155

KEISTIMEWA­AN: Bedak asas ini memberikan liputan buildable (sederhana sehingga penuh) dengan kemasan pusam. Selain itu ia kalis air. Ia mempunyai 24 variasi warna untuk dipadankan dengan kulit anda. TEKSTUR: Ringan, lembut dan senang diratakan.

APLIKASI: Sapukan wajah dengan rata. Sekiranya anda ingin kemasan yang lebih menyeluruh anda boleh sapukan lapisan kedua pada wajah. HASILNYA: Saya tidak suka memakai bedak asas yang mempunyai liputan yang tebal kerana ia membuatkan kulit seakan tidak bernafas. Urban Decay Stay Naked Weightless Liquid Foundation ini membuatkan saya berasa seperti tidak memakai apa-apa pada wajah. Dengan bedak asas ini saya dapat mengawal tahap ketebalann­ya. Ia tahan sepanjang hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.