ILHAM CANTIK

Wajah Terhidrat

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

PELEMBAP

Ia sangat penting untuk pastikan kulit sentiasa berada dalam keadaan terhidrat. Terdapat dua jenis tekstur krim pelembap yang boleh dicuba bergantung kepada keperluaan. Tekstur gel lebih ringan dan sesuai untuk siang hari manakala untuk malam pilih krim yang pekat agar ia dapat merawat kulit ketika tidur.

SERUM

Bila kulit kering, garis halus dan kedutan akan lebih ketara. Jadi pemakaian serum adalah sangat penting untuk menghindar­i masalah tersebut. Serum wajah diformulas­ikan untuk merawat masalah kulit dengan lebih mendalam. Sapukan serum selepas penyegar sebelum krim pelembap.

PUPUR WAJAH

Rutin ini sangat membantu sekirannya kulit dalam keadaan yang memerlukan pertolonga­n. Ia dapat menjimatka­n masa dan memberikan hasil sertamerta pada kulit. Pilih pupur wajah yang membantu mengembali­kan kelembapan wajah. Antaranya pupur berasaskan gel, krim atau kepingan.

SEMBURAN WAJAH

Semburan wajah mampu memberikan kesegaran pada kulit dengan serta – merta. Ia juga mengekalka­n tahap kelembapan wajah. Ia boleh digunakan sebagai penyegar atau sebagai primer dan ‘makeup setting.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.