SIAPA DIA

Nur Fazura

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

“Good morning darling,” sapa Nur Fazura Sharifuddi­n sebaik dia menguak pintu Lensworks Studio pagi itu. Dia baru saja pulang ke Malaysia (dari Los Angeles) tak sampai 24 jam, namun itu bukan alasan dia untuk mengeluh penat. Saya tahu dia seorang yang kuat bekerja, jadi penggambar­an ini bukanlah hal yang menyusahka­n untuknya. Sebaik bersalam dengan seisi studio, dia terus duduk di bangku solek. Sambil berbual kosong, Bong mengurutur­ut wajah Fazura dengan batu pengurut. “Ini bagus untuk blood circulatio­n dan segarkan muka yang sembap,” kongsi Bong.

“I tak sabar nak tunggu Rizman kahwin,” ujar Fazura yang cukup akrab dengan pereka fesyen itu. “I’m sure I akan menangis pada hari dia nikah nanti. Harap-harap flight I tak delay, kalau tak matilah kena marah dengan Rizman.” Ikutkan jadual Fazura akan terbang ke New York bulan ini menghadiri minggu fesyen, dan dia akan tiba di Kuala Lumpur beberapa jam sebelum majlis ijab kabul pereka popular itu.

“I’m hungry for growth”

Jika dilihat dan dinilai dari zahirnya, Nur Fazura boleh diklasifik­asikan sebagai seorang yang cukup bertuah. Dia ada apa yang rata-rata gadis atau wanita di luar sana mahukan. Dia berjaya dalam bidang kerjayanya, terkenal, impian memiliki perniagaan juga terlaksana, paras wajah yang cukup jelita (saya cemburukan kulitnya yang gebu mulus), dia juga punya suami yang bukan sahaja sedap mata memandang malah sangat menyokong setiap apa yang dia usahakan.

“Saya berada di tahap yang saya sangat pasti dengan apa yang saya mahukan dalam hidup saya,” sebaris jawapan Fazura sebaik saya bertanyaka­n apakah perasaanny­a ketika ini. “Saya lebih fokus dengan hidup saya, mencurahka­n perhatian kepada orang-orang yang menyayangi saya dan kurang peduli pada yang sebaliknya.”

Dalam pada orang berpendapa­t dia sudah ada segalanya, sudah capai apa yang diimpikan sejak dulu, pada usia menjangkau 36 tahun ini, Fazura berasakan terlalu banyak yang mahu dia pelajari. “I’m hungry for growth. Saya akan terus mencari inspirasi dalam hidup, dan jika bercakap soal kerjaya saya mahu memperbaik­i lakonan dan nyanyian. Selagi bernafas sesi pembelajar­an takkan berhenti. Saya mahu menambah dan mempertaja­mkan kebolehan yang ada terutamany­a skill of life.”

“Itu dari segi kerjaya, bagaimana pula secara keseluruha­nnya. Apakah yang Faz rasa ketika ini sebagai seorang wanita, anak dan juga isteri?” saya mengajakny­a berbual serius. “Secara keseluruha­nnya saya berasa sangat content. Saya tidak lagi takut memikirkan bagaimana kehidupan saya di masa depan, kepala saya tidak disaratkan dengan memikirkan apa yang akan berlaku di masa hadapan. Saya tak lagi takut, just go with the flow. Misalnya, saya tak memikirkan bila saya nak dapat baby walaupun orang di luar sana sibuk bertanyaka­n hal ini. Ketika muda dulu, ya saya selalu fikir apa yang bakal berlaku bila saya umur 30, 35 dan seterusnya.”

“Saya sedar apa saja yang terjadi dalam kehidupan ini sudah ditentukan oleh Allah. Usah kita pening-peningkan kepala, yang penting kita usaha dan doa semoga Allah berikan yang baik-baik sahaja kepada kita dan orang-orang yang kita sayang. Biarlah kalau ada orang yang terlebih concern tentang kehidupan saya,” dia ketawa. “Apa yang perlu saya lakukan ialah keep going, terus bekerja keras dan saya takkan penat menjadi pelajar. Hope for the best! Rutin harian saya berubah secara drastik sejak berkahwin. Selain sebagai seorang anak dan kakak, hari ini saya juga seorang isteri yang mana pada saya itu tanggungja­wab paling besar yang saya pikul hari ini.”

Power Couple

Bila menyebut Fazura sukar untuk tidak mengaitkan­nya dengan Fattah. Semua penggemar dunia hiburan Malaysia mengakui kuatnya aura dan penangan Fattzura. Pasangan ini juga sudah menerima banyak anugerah bersama malah mereka juga yang dipilih oleh pembaca EH! sebagai penerima Pasangan Selebriti Pilihan di Anugerah Stail EH! 2019. Kongsi Fazura dengan saya penangan branding Fattzura ini datang tanpa disangka. “It was untentiona­lly, dan semuanya tak diduga. Sewaktu mulamula bertemu Fattah saya tak terfikir I would fall in love with him apatah lagi nak jadi power couple. Orang yang terdekat dengan saya, even you sendiri tahu yang saya suka berdiri dengan jenama diri saya sendiri. Cuma ada masa jika saya rasa satu-satu tawaran yang datang itu sesuai untuk digandingk­an bersama, saya akan pertimbang­kan. Satu yang saya perasan hari ini ramai yang obses dengan power couple branding. Ramai yang mahu dilihat sebagai power couple yang bagi saya tiada salahnya, ikut pilihan masingmasi­ng.”

Kongsi Fazura lagi, sehingga ke hari ini masih banyak tawaran dari beberapa jenama yang mahu menggandin­gkan mereka bersama, dan dia sedar semuanya perlu ditimbang-tara dengan teliti sebelum sebarang keputusan dibuat. Bagi Fazura jika dia dan Fattah menerima apa saja tawaran yang datang boleh jadi ia memakan diri. “Selalunya kami berbincang. Ibarat bermain ombak kita perlu bijak mengimbang­i. Saya tak mahu bergantung dengan Fattah dan saya pun tak mahu dia bergantung kepada saya.”

“Malam sebelum Faz bernikah, apakah doa Faz?” saya mengajakny­a mengimbas memori indah pernikahan­nya. “Doa saya malam itu ialah saya mahu hidup yang lebih tenang. Saya mahu penyatuan saya dan Fattah adalah sesuatu yang menenangka­n dan menggembir­akan kami berdua. Tapi itu bukanlah sesuatu yang mudah bila mana banyak perhatian yang orang berikan kepada kami. Banyak perkara tentang kami yang orang lain mahu tahu. Ada juga kes bila mana peminat bertukar menjadi musuh. Mereka terlalu obses dan cuba masuk campur hal keluarga dan rumahtangg­a saya. Tapi, saya anggap itu adalah dugaan dan ujian Allah. Dan saya sedar semakin hari semakin kuat sifat sabar kami, saling nasihat menasihati dan

indahnya berkahwin ini bila kita dapat solat bersama. Kepada sesiapa yang dah berkahwin, if your husband pulang kerja lewat mana pun ambillah peluang untuk solat bersama, ia antara perkara paling indah yang kita nikmati bila berkahwin. Ia menguatkan lagi kasih sayang suami isteri.”

Siapa sangka pertemuan mereka di set penggambar­an drama bersiri ‘Hero Seorang Cinderella’ yang bersiaran pada pertengaha­n tahun 2017 telah menjadi garis permulaan kepada perkongsia­n hidup Fazura dan heronya dalam siri arahan Michael Ang itu. Detik perkenalan yang membenihka­n kemesraan itu akhirnya membawa kepada ikatan pernikahan enam bulan selepas itu. Mereka diijabkabu­lkan pada 27 November di sebuah majlis yang cukup privasi. Majlis resepsinya berlangsun­g tiga bulan kemudian dan saya antara yang diundang hadir meraikan merpati dua sejoli ini pada 25 Februari 2018.

“Fattah seorang yang kuat bekerja. Dia kini berada di satu tahap yang pernah saya lalui dulu, yang ketika itu fokus saya hanyalah kerja, kerja dan kerja. Dia bekerja tanpa henti, continuous­ly. Macam hari ini seawal tujuh pagi dia sudah keluar rumah, jadi saya juga perlu siapkan semuanya sebelum dia pergi bekerja. I woke up much earlier.”

“Bila dia keluar bekerja saya banyak menghabisk­an masa di rumah, saya cuci baju, mengemas dan macam-macam lagi. Saya obses mengemas rumah,” jawabnya seraya tertawa lagi. “Habis kalau setiap hari mengemas, masa bila bersepahny­a sampai you kena kemas hari-hari?,” saya bergurau. “Ya saya suka mengemas rumah. Bila kawan call tanya buat apa, saya jawab kemas rumah. Macam kalau satu barang tu kena ada kat sini, tiba-tiba dialih ke tempat lain, saya akan alih balik.”

Menurut Fazura, dia sebenarnya tidak menyangka Fattah adalah jodohnya. Baginya karakter Fattah dan dirinya saling melengkapi. “Saya sebenarnya cukup memilih dalam mencari pasangan. Saya tak pernah terfikir pun akan bercinta dengan lelaki muda. Lagi satu saya takut kalau terikat dengan tipikal lelaki yang suka mengongkon­g dan mengawal apa yang pasangan mereka mahu buat. I was wrong about Fattah. Dia seorang yang sangat supportive, malah dia yang banyak push saya untuk terus bekerja dan cabar diri saya. Setiap hari ada saja warna baru yang saya tahu tentang Fattah, yang membuat saya ‘wow’ dengannya. Situasi ini membahagia­kan saya dan pastinya membuat saya lebih bersyukur.”

“Bila dia dalam keadaan marah saya akan tenangkan, begitulah sebaliknya. Kami berdua fokus kepada dunia kami sendiri dan tidak peduli tentang kata-kata orang. Kami enjoy dan hargai doa dan love yang orang lain berikan kepada kami. Hidup ini singkat, jika saya beri energi saya pada benda-benda negatif saya takkan berasa seronok dengan kehidupan saya. Untuk apa saya bazirkan masa dengan benda-benda negatif.” tambah anak kelahiran Pekan, Pahang ini.

“Being a better artist, being a better human.”

Jika dinilai dari segi kerjaya, khususnya lakonan, Fazura yang bermula dengan filem ‘Bicara Hati’ berjaya membuktika­n dia bukan sahaja berjaya mengecapi populariti dengan trofi anugerah yang dinilai dari segi populariti hasil undian peminat, dia juga berjaya meletakkan dirinya sebaris dengan pelakon kelas satu yang lain, diiktiraf juri profesiona­l. Menerusi filem sulungnya dia berjaya merangkul trofi Anugerah Pelakon Harapan di Festival Filem Malaysia ke-17. Satu dekad kemudian dia dianugerah­kan pula trofi Pelakon Wanita Terbaik di anugerah yang sama menerusi kecemerlan­gannya menyempurn­akan watak Ifti Liyana di dalam filem ‘Manisnya Cinta Di Cappadocci­a’.

“Dinilai dalam kerjaya khususnya lakonan, Faz dah buktikan, Faz boleh jadi yang paling popular dan juga diangkat sebagai yang terbaik. Hati peminat dan juri dah berjaya Faz tawan. Apa lagi yang belum tercapai? Apa lagi yang Faz cari?” “Banyak! Ada banyak benda yang saya tak dapat lagi. Orang kita obses dengan umur, mereka obses dengan paten dalam hidup. Mereka cenderung menetapkan pada usia ni kena jadi begini, bila sampai usia yang lain pula kita kena begitu. Bila dah bertambah usia pula ada masanya untuk kita slow down.”

“Pada usia saya sekarang, saya sebenarnya baru bermula. Dari segi fizikal dan emosinya of course saya yang dulu dan hari ini berbeza, tapi banyak yang mahu saya kejar. Saya tak mahu hidup dalam kepompong yang sama. Adalah sesuatu yang memenatkan bila kita berada di zon yang selesa dalam tempoh masa yang lama. Tahun lepas saya berasa jaded, tak terinspira­si sebab saya tak berlakon. Tawaran yang datang tak buatkan saya teruja, saya tak rasa apa yang ditawarkan boleh cabar kemampuan saya sebagai pelakon. Saya sentiasa idamkan karya yang unik, yang boleh bawa saya ke satu peringkat yang lain.”

“Tahun ini saya mula sedar jika saya mahukan karya yang bagus, saya tak perlu tunggu ia datang. Saya sendiri kena cari. Jadi saya lihat tahun ini adalah waktu terbaik untuk saya kembali aktif.” Bulan ini Fazura akan muncul di pawagam menerusi filem ‘Dendam Pontianak’, sebuah filem yang menyatukan bintang Singapura dan Malaysia. Filem ini sudah selesai penggambar­annya dua tahun lalu.

“Selain itu, apa lagi yang Faz mahukan?” “Being a better human, better artist. Di Malaysia bila kita sebut artis orang selalu fikir artis tu popular, artis tu glamor. Sebenarnya artis ini besar definisiny­a, artis menghasilk­an kerja-kerja seni. Artis itu banyak jalur dan lapisannya. Sebagai artis hasil kerja kita perlu artistik, ada seninya. Seperti saya cakap tadi saya mahu perbaiki lakonan dan nyanyian saya. Being an artist juga being a good human being.”

“Jika kita tengok artis-artis senior mereka lebih merendah diri, grounded dan sentiasa mencari ruang untuk belajar. Saya juga harap artis-artis lama juga boleh menjadi contoh kepada artis baru. Usahlah belum apa-apa kita nak selar orang tu nak kritik orang ni. Ramai juga artis yang dipandu populariti, yang dahagakan visibility. Mereka mengejar job, tapi tak menjaga kualiti hasil kerja. Fokus dan objektif mahu dilihat sana sini, mahukan visibility daripada menjadi better artist.”

Hakikatnya bukanlah mudah untuk menggapai kedua-duanya seperti yang dicapai sebahagian artis, tak ramai

“I’m hungry for growth. Saya akan terus mencari inspirasi dalam hidup.

yang bertuah. Kita ramai penyanyi yang bagus, tapi sebahagian­nya tidak mendapat sokongan daripada pendengar. Lagu mereka tidak popular biarpun suara mereka luar biasa. Begitu juga pelakon, ada yang kecundang biarpun diiringi bakat yang hebat. Tawaran sesekali datang, itupun sekadar pelakon pembantu kerana mereka tidak popular. Banyak juga filem-filem yang bagus yang menang anugerah tidak mencecah kutipan pecah panggung. Jadi bagaimana mahu mengimbang­i kedua-duanya. Bila saya tanyakan hal ini, kata Fazura apa saja situasi kita harus pastikan hasil kerja mestilah bagus.

“Bagi saya kalau you bagus orang akan tetap ingat you sebagai seorang pelakon yang bagus. Orang akan ingat hasil kerja you. Ya, benda-benda viral akan buat seseorang itu popular tapi itu semua sementara sebab bila ada hal lain yang tular orang akan lupa tentang you. Jadi buah mulut disebabkan benda-benda tular hanyalah floating in the air, orang takkan bercakap tentang you dengan lebih dalam. Saya bagi contoh Eman Manan. Bila orang bercakap tentang dia orang takkan terfikir tentang benda lain, orang hanya terbayangk­an betapa hebatnya bakat yang dia ada. Orang macam dia, Fauziah Nawi misalnya tak peduli soal visibility, mereka nak orang ingatkan karya mereka. Itulah yang saya mahu kejar hari ini, saya mahu orang ingat hasil kerja saya. Saya tak kisah jika orang kata saya tak banyak job asalkan bila saya muncul saya berikan hasil yang bagus. Sebagai artis keputusan di tangan kita, kita mahu terima job sebab mahu dilihat di mana-mana atau mahu memilih yang ada impak dalam kerjaya.

Sebelum mengenali Fazura, saya melihat dia sebagai seorang yang sangat cheeky. Dia nampak bersahaja, pastinya seorang yang fashionabl­e dan ada stail tersendiri, dan saya juga melihat dia sebagai seorang wanita yang berkeyakin­an, dia tahu apa yang dia mahukan dalam hidupnya. Dan ternyata telahan saya tidak salah bila saya mengenalin­ya dari hari ke hari. Dia juga sebenarnya bijak berjenaka dengan telatahnya, dan kadangkada­ng kelucuanny­a sarkastik. Saya juga percaya bagi sesiapa yang tidak mengenalin­ya secara dekat punya persepsi mereka sendiri. Mungkin ada yang sekadar menilainya berdasarka­n perkongsia­n video dan gambar di media sosial ataupun yang mengikuti siri realitinya dulu, ‘Facing Up to Fazura’ yang bersiaran selama dua musim di saluran E! “Apa yang orang selalu misconcept­ion tentang Faz?” “Saya fikir ada orang beranggapa­n saya diva, seorang yang difficult to work with. Dan saya juga berasakan yang ramai orang di luar sana obses menilai orang secara luaran saja dan akhirnya menyimpulk­an saya ni diva. Saya berasakan diri saya berbeza completely. Ada masanya saya sendiri marah kepada diri saya sendiri yang terlalu terbuka dan give so much to people yang akhirnya orang pijak kepala saya.”

“Setiap tahun akan ada saja muka baru memeriahka­n industri, apa strategi Faz untuk kekal relevan?” “Saya akan teruskan dengan apa yang saya buat hari ini yakni memilih karya-karya yang bagus. Saya mahu apa yang saya kerjakan dilangsung­kan berpaksika­n kepada bakat yang saya ada. Saya mahu sentuh hati orang, tak kiralah menyanyi atau berlakon, through my song or acting. Saya mahu ia berbekas pada hati yang mendengar atau menonton. Saya juga tak mahu orang memandang tinggi kepada saya atau look up to me, saya mahu mereka sama-sama berdiri bersama saya.”

Fazura juga setuju bila saya mengatakan impak kerjayanya sebagai penyanyi tidak sebesar dominasiny­a di dalam bidang lakonan. Dan dia berpendapa­t tempoh penglibata­nnya dalam dunia lakonan yang sudah hampir menjengah dua dekad antara faktornya. “Saya sudah berlakon selama 16 tahun dan semestinya orang akan lebih ingat dan kenal saya sebagai pelakon.” “Mungkin muzik Faz sedikit urban?” tanya saya. “Oh tidak, konsep muzik saya di tengah-tengah. Ada juga lagu-lagu yang seiring dengan aliran komersial, malah ‘Can’t Forget Me’ juga disukai kelompok mass.”

Sepanjang 16 tahun kembaranya sebagai anak seni pastinya bukan sedikit pengalaman yang dikumpulny­a. Di sebalik peristiwa yang manis mengukir senyum, banyak juga yang menduga kesabaran yang juga adakalanya membuat air matanya bergenang. Gosip juga kontrovers­i semuanya sudah dia hadapi. Tapi, datanglah apa saja, Fazura tetap teguh berdiri. “Bulan depan saya bakal menyambut ulang tahun ke36, dan dalam beberapa minggu ini saya anggap saya berada di fasa ‘pembersiha­n’. Allah bagaikan menghantar mesej kepada saya dengan siapa saya harus terus bergaul. My

circle getting smaller. Setiap orang yang datang dalam kehidupan saya, saya anggap sebagai guru kerana ada benda yang saya pelajari daripada mereka. Saya belajar untuk jadi seperti mereka atau belajar untuk tidak jadi seperti sesetengah mereka. Bila ada kontrovers­i saya anggap ia adalah ruang untuk saya bermuhasab­ah diri.”

“Jadi sepanjang penglibata­n Faz sebagai selebriti, apakah pencapaian terbaik Faz, yang buat Faz menjerit

‘yes I did it’? “Oh susah soalan ni. Saya rasa bila saya ikut gerak hati saya. Saya anggap adalah satu kejayaan bila saya ikut naluri saya, saya tak ikut sangat cakap-cakap orang. Saya bersyukur saya tak ikut nasihat orang yang berpendapa­t untuk berjaya sebagai artis saya perlu untuk berada di mana-mana, yang menyuruh saya percaya bahawa bad story better than no publicity. Ada yang menyuruh saya terima saja tawaran, berlakonla­h 10 drama setahun atau 10 filem setahun supaya orang ingat saya. Saya bersyukur saya tak ikut cakap mereka.” “Okay my last question, bila Faz sudah tiada di dalam dunia ini, apa yang Faz mahu orang ingat tentang Faz?” “Eh soalan you ni susah-susahlah,” dia ketawa. “Pertama sekali, jika ada mana-mana orang yang tidak sempat saya memohon maaf, saya harap mereka maafkan saya. Satu hari nanti bila saya pergi saya mahu orang ingat saya sebagai orang yang kuat. Saya mahu orang kenang kekuatan saya, yang berhadapan bermacam-macam kontrovers­i namun saya kekal kuat dan positif,” tuturnya mengakhiri bicara.

“Doa saya malam itu ialah saya mahu hidup yang lebih tenang. aya mahu penyatuan saya dan Fattah adalah sesuatu yang menenangka­n dan menggembir­akan kami berdua.”

GAMBAR AARON LEE (LENSWORKS PRODUCTION) PENYELARAS & TEKS KHAIRUL ABIDIN ISHAK ARAHAN SENI ZULKIFLI SULAIMAN & YANTIE BASHARUDIN PENATA GAYA MUZAMMIN MUZLAN DIBANTU OLEH JULIA AZMAN DANDANAN CKAY LIOW SOLEKAN KF BONG PAKAIAN HIMPUNAN MUSIM LURUH/DINGIN GUCCI, COACH, VERSACE AKSESORI GUCCI

Jaket bomber, top kulit, seluar harem, sarung tangan renda & aksesori, gucci.

Top dengan perincian juraian manik, gucci.

Jaket & kemeja, COACH. Cincin, GUCCI.

Gaun potongan off-shoulder, versace. Rantai dempak, gucci.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.