EH! SEPINTAS

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

“Memang suka pakai baju putih? Lepas tu baju mesti masukkan dalam seluar?” komen salah seorang pengikut saya di Instagram. Ya, jika orang yang mengenali saya, memang itulah gaya lazim saya, baik ke tempat kerja, hujung minggu mahupun bercuti. Mungkin sudah terbiasa sejak dulu, bila bergaya lebih sikit atau memakai yang berwarna saya berasa kekok. Ya, mungkin ada yang fikir orang yang bekerja dalam bidang fesyen sepatutnya lebih daring bila bergaya.

Tapi itulah hakikat dunia fesyen.

Orang belakang tabir ratanya suka bergaya minimalis, tak putih mereka akan pakai hitam. Lihat Datuk Rizalman, yang selalu dipakainya ialah baju-t hitam. Kalau di rumah dia senang berkain pelikat. Tidak hanya di Malaysia, pereka luar negara pun sama. Mereka senang bergaya polos. Bila ada acara besar saja mereka bersiap. Macam di Anugerah Stail EH! Julai lalu. Alangkah seronoknya bila melihat ramai yang bersungguh-sungguh menghidupk­an tema, Alter Ego. Bukan sahaja selebriti malah tetamu yang lain seperti model, jurusolek, pendandan rambut dan influencer­s sama-sama menjadi ‘perasa’ kepada kemeriahan malam itu. Rasanya Anugerah Stail EH! sajalah yang membawa orang belakang tabir ‘ke depan’ untuk sama-sama bersaing gaya satu sama lain. Malah ada yang check in EQ KL satu malam sebelum acara berlangsun­g demi melancarka­n sesi ‘pasang badan’.

Malam istimewa yang dibawakan bersama Lancome itu menyaksika­n Scha Alyahya dipilih sebagai penerima utama Anugerah Stail EH!. Dia yang saya kenali lebih sedekad lalu sememangny­a layak diletakkan sebagai salah seorang ikon fesyen hari ini. She is chameleon!

Selain boleh menghidupk­an macam-macam gaya, Scha juga punya personalit­i yang cukup menyenangk­an. Bila bekerja dengannya sebolehnya dia akan mempermuda­hkan banyak hal. Bila saya mengirim teks di Whatsapp, tak perlu menunggu lama pasti akan dapat balasan. Sebab itu jugalah mengapa banyak label mewah mahu bekerjasam­a dengannya, bukan semata sebab zahirnya dia cantik tapi faktor karakter dan profesiona­lismenya juga dalam bekerja. Jadi, untuk berjaya dan bertahan lama kita sebenarnya tidak boleh bergantung pada skil dan bakat yang kita ada semata, apatah lagi jika hanya mahu bergantung pada rupa semata. Paling penting sebenarnya ialah profesiona­lisme.

Ketika kalian membaca nota ‘sepintas’ ini, kami di EH! sedang sibuk menyiapkan sesuatu yang istimewa untuk pembaca setia EH! bulan hadapan akan genaplah dua dekad usia EH! di pasaran. Dua puluh tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat, EH! sama-sama menyaksika­n perubahan dunia hiburan, fesyen dan kecantikan. Ketika dunia digital mendominas­i, EH! masih mahu menggerakk­an edisi cetak seiring dengan dunia maya. Jadi, nantikan sesuatu yang istimewa daripada kami bulan hadapan.

Khairul Abidin

PENGARANG [email protected]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.