JURNAL FESYEN

Foxismonit­ism

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Berwajah eksotik, Anness Sofea dan Iman Mohamed menjalani transisi kerjaya; dari model ke pelakon dan ahli perniagaan. Duo unik berganding dalam halaman fesyen musim luruh 2019.

ANNESS SOFEA Apakah kisah terbaru anda?

Masih fokus pada modelling dan bakal kembali beraksi semula dalam lakonan.

Siapa pereka fesyen pilihan anda?

Karl Lagerfeld. Saya sangat mengagumi setiap karya, idea dan ilhamnya untuk Chanel dan juga Fendi. Ia sangat klasik dan ada identiti tersendiri. Chanel always be my favourite fashion brand!

Apakah trend musim luruh 2019 pilihan anda?

Saya suka Bougie Girl look! Gaya blaus ikatan reben bersaiz ekstravaga­nza, skirt lipatan lisu dan digandakan bersama jaket. I love how it gives the chic revival of the classic 70’s girl. Gaya di pentas peragaan pilihan saya adalah Valentino dan Gucci.

Bilakah kali pertama anda beraksi sebagai seorang model?

Ketika bersama majalah Hijabista pada tahun 2014. Ketika itu saya berumur 18 tahun.

Apakah yang membuatkan anda mahu menjadi model?

Berpeluang bertemu dengan individu terkenal dan hebat dalam bidang masing-masing. Belajar bagaimana untuk mempersiap­kan diri, malah saya berpeluang untuk menggayaka­n persalinan milik pereka terkemuka dunia.

Apakah tiga bucket-list anda?

The new Air Pods, kembara ke New York dan membela kucing Persian (ketawa).

Apakah gaya kasual harian anda?

Sangat santai. Selesa dan senang menggayaka­n celana denim pendek bersama baju-t atau blaus. Denim and white shirt. Untuk malam, gayanya lebih ekstra.

Jika anda boleh memutarkan masa, apa yang ingin anda ubah?

I am not the kind of person who would look back in the past tetapi jika diberi peluang, saya akan lebih menghargai dan menerima diri sendiri. I would give my past self a big long hug! Saya sangat bersyukur dengan setiap kesusahan yang dihadapi ketika masa lampau mengajar saya untuk menjadi seorang individu yang kuat dan tabah.

Berikan tiga akaun Instagram yang patut diikuti?

Anda wajib ikut akaun @diet_prada, @cats_of_instagram dan @anneessofe­a (ketawa).

IMAN MOHAMED Apa yang terbaru tentang anda?

Sedang giat bekerjasam­a dengan jenama penjagaan kulit. Dalam masa yang sama saya turut tampil dalam kempen bersama La Mer dan ini kali yang kedua.

Siapa pereka fesyen pilihan anda dan mengapa?

The one and only famous Coco Chanel. Bagi saya, dia begitu menakjubka­n kerana mampu mengubah gaya menjadi elegan dan tersendiri. Helaian persalinan jaket tweed dan beg tangan klasik sangat timeless.

Apakah trend musim luruh 2019 pilihan anda?

I like how the trends allow us to play with colour for winter season. Apa jua trend neon dan bourgeois bagi saya ia sangat menarik. Saya pilih Chanel dan Carolina Herrera.

Bilakah kali pertama anda beraksi sebagai seorang model?

Bergelar model untuk jenama kosmetik Luxuria milik Diana Danielle.

Apakah perkara yang membuat anda tertarik untuk bergelar model?

Boleh bekerja dengan pelbagai individu dan mengenali mereka menerusi cara mereka berkarya dan mempelajar­i selok-belok dunia peragawati.

Apakah rutin kecantikan anda?

Saya mempunyai masalah kulit kering, oleh itu saya sering mencuci kulit wajah bersama madu yakni bahan antibakter­ia, selain melembapka­n kulit. Tip ini disarankan sendiri ibu saya. Malah, saya tidak pernah lupa untuk exfoliate kulit wajah tiga kali seminggu, pakai mask muka dan minum air putih bersama lemon. Tidur dengan cukup.

Apakah tiga bucket-list anda?

• Menunaikan umrah bersama ahli keluarga dan adik beradik.

• Fasih bertutur dalam bahasa Arab.

• Kembara ke Chamonix Mont Blanc.

Apakah gaya kasual harian anda?

Saya sering kali tampil dalam padanan denim biru gelap atau biru lembut bersama top off-shoulder. Aksesori pula kaca mata bersama sniker putih atau kasut tumit hitam. Tampak effortless chic!

Jika anda boleh memutarkan masa lampau, apa yang ingin anda ubah?

Perkara pertama yang saya akan buat adalah membuang segala komen negatif dan sentiasa percayakan diri sendiri.

Berikan tiga akaun Instagram yang patut diikuti?

@olivia palermo, @weworewhat oleh Danielle Bernstein dan Chiara Feraggni.

Jaket polos, SALVATORE FERRAGAMO.

Anness Sofea Slip dress maksi corak bunga, MICHAEL KORS. Kasut tumit hitam, MARC JACOBS. Coker, ATELIER SWAROVSKI. Iman Mohamed Gaun polos metalik, MICHAEL KORS. Kasut tumit glitter, MIU MIU.

Anness Sofea Jaket, louis vuitton. Iman Mohamed Jaket kulit bomber, top turtleneck, skirt & kasut, louis vuitton.

Gaun kembang bercorak bunga, MARC JACOBS. Coker, ATELIER SWAROVSKI. CHANEL N°30Les Beiges Healthy Glow Sheer Powder, RM206 CHANEL Rouge Allure Liquid Powder Timeless, RM138 CHANEL Les Beiges Natural Eyeshadow Palette, RM363 CHANEL Boy De Chanel Stylo Sourcils, RM154

Jaket hitam, BOTTEGA VENETA. Anting-anting, Atelier SWAROVSKI.

Anness Sofea Jumpsut & beg, GUCCI. Kasut, LOUIS VUITTON. Iman Mohamed Oversize jaket, dress sekuin & beg, GUCCI. Anting-anting, KATE SPADE NEW YORK.

Anness Sofea Jaket cape, kasut but, & beg, PRADA. Iman Mohamed Skirt, cape & top, PRADA.

Dress potongan lisu, beg & kasut tumit, FENDI. Aksesori, ATELIER SWAROVSKI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.