BERITA FESYEN

Kisah Kilauan Kristal

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Pertengaha­n Jun lalu, saya menerima undangan dari ibu pejabat Swarovski untuk berkunjung ke Innsbruck, Austria untuk mendekati jenama kristal tersohor dunia ini. Maka berlepasla­h saya ke sana lebih kurang seminggu selepas menyambut Aidilfitri. Menaiki tiga pesawat (transit di Bangkok dan Vienna), selepas hampir sehari merentasi awan akhirnya saya tiba di Innsbruck. Inilah kali pertama saya ke Austria, dan dari apa yang dikhabarka­n Innsbruck sangat cantik dan selalu menjadi pilihan pelancong seantero dunia ketika musim sejuk.

Jadi bila saya ke sana pada musim panas, sebahagian pengikut saya di Instagram begitu teruja melihat Innsbruck ketika itu. Bagi mereka keindahan Innsbruck tidak pudar biar bertukar musim. Ya, Innsbruck di mata saya amatlah cantik, dan kebetulan saya menginap di sebuah hotel di pusat bandar, jadi mudah untuk saya mencuri-curi masa menikmati suasana di sini bila ada masa senggang. Dari kamar hotel, saya boleh menjamu mata dengan pemandanga­n alam semula jadinya yang dilatari bukit-bukau.

Sedikit perkongsia­n tentang Swarovski, jenama ini hari ini diteruskan legasinya oleh generasi kelima keluarga ini. Mula diasaskan pada tahun 1895 di Austria, Swarovski terlebih dahulu menjadi syarikat penyedia Kristal buat banyak jenama juga pereka fesyen ternama dan kemudianny­a mengambil keputusan untuk mengeluark­an himpunan di bawah namanya sendiri. Usia syarikat ini yang sudah melepasi sedekad pastinya menjadi satu kebanggaan bila mana hari ini khabarnya Swarovski menggaji 32,000 orang pekerja.

Magic Light Collection, himpunan musim luruh/dingin Swarovski 2019 dikembangk­an daripada keindahan cahaya langit malam di Iceland yang cukup terkenal dengan cahaya penuh magis atau dikenali sebagai northern

lights. Bersandark­an kepada idea tunjang itu, Pengarah Seni Swarovski, Nathalie Colin mencabar imaginasi dan kreativiti­nya mencipta satu himpunan yang penuh warna.

Menurut Natalie, himpunan ini bukan sekadar menawarkan mainan warna juga hal rekaan, malah dia mahu menerbitka­n rasa positif pada sesiapa yang menggayaka­n koleksi ini. Dia juga mahukan tiap aksesori dari himpunan ini menjadi medium kepada sesiapa jua penggayany­a berekspres­i.

Kata Nathalie, Kristal semuanya berkaitan dengan cahaya. “Kristal itu hidup kerana cahaya, sama juga dengan kita (manusia). Dalam dunia hari ini yang penuh cabaran, kami mahu menebarkan mesej positif kepada semua, sama ada orang sekeliling, alam sekitar termasukla­h kepada diri kita sendiri. Magic Light Collection diinspiras­ikan daripada landskap semula jadi Iceland dan langit malam yang bercahaya, northern lights yang sungguh indah, bagaikan satu sumber cahaya yang memandu juga membimbing kita mengejar masa depan yang lebih bersinar,” tambahnya.

Jika dilihat pada zahirnya, himpunan ini sebahagian­nya bermain dengan simbol astrologi juga daun terup yang diserapkan pada rekaan cincin, anting-anting, rantai dan juga loket. Ada juga terselit elemen muzik juga haiwan. Pilihan warnanya juga pelbagai seperti hijau, ungu, merah dan biru selain warna normal kristal bak berlian. Himpunan kali ini cukup menyeluruh, memenuhi selera wanita seluruh dunia yang pasti bervariasi personalit­i juga estetika gayanya, baik yang senang dengan gaya ringkas mahupun yang lebih bold dan sarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.